ARTIKEL

Pembantu makmal sekolah di Kuching melecur terkena tumpahan asid

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seorang pembantu makmal melecur di bahagian belakang badan akibat terkena tumpahan asid di dalam stor makmal Sekolah Menengah Kebangsaan Sains Kuching Utara, hari ini.

Kejadian disahkan oleh Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Petra Jaya, PKPgB Azaharul Sahari setelah menerima laporan kejadian menerusi panggilan terus pada pukul 7.30 pagi.

Menurutnya, pemeriksaan awal di tempat kejadian mendapati tumpahan asid sulfurik yang berkepekatan 98% masih berlaku dan mengalir di ruangan bilik sektor makmal terbabit.

“Hasil siasatan mendapati seorang wanita berusia 40 tahun sebagai pembantu makmal telah melecur dari belakang badan pinggang hingga ke bawah.

“Pasukan seterusnya segera menghantar mangsa ke Hospital Umum Sarawak dengan menaiki unit EMRS bagi mendapat rawatan lanjut,” jelasnya dalam satu kenyataan hari ini.

Susulan kejadian, katanya, pasukan Khas Hazmat seterusnya dipanggil bagi membantu kerja-kerja pembersihan asid di lokasi kejadian.

“Komander Operasi Hazmat berjaya melakukan kerja-kerja taktikal meneutralkan asid berkenaan dengan menggunakan serbuk soda (soda ash) sehingga bacaan mencecah ke pH 7,” tambahnya.

Azaharul berkata, operasi menyelamat seterusnya ditamatkan sekitar jam 9.56 pagi setelah memastikan keadaan selamat dan stor tersebut telah diserahkan kepada pihak sekolah untuk tindakan lanjut.

Terdahulu, seramai 10 anggota daripada BBP Petra Jaya dan sembilan daripada BBP Tabuan Jaya hadir bagi operasi menyelamat di lokasi kejadian.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha