SARATOK: Selesai proses pembayaran pampasan Projek Jalan Bajau-Kupang, kerajaan diminta untuk tidak menangguhkan prosedur tender seterusnya kerja pembinaan pada tahun ini.
ADUN Kalaka Mohamad Duri berkata, kira-kira 5,000 penduduk di sepanjang jajaran itu tidak sabar menunggu jalan berturap selepas lebih 10 tahun menggunakan jalan berbatu.
Menurutnya, ia aspirasi besar rakyat di Kampung Kupang serta enam rumah panjang iaitu Rumah Panjang Rabiah, Andrew Kulih, Patih, Rengan (Selambong), Ambang (Entebu Jaya) dan Rumah Panjang Anau (Entebu).
“Saya yakin penduduk menarik nafas lega apabila Kerajaan Sarawak menyelesaikan pembayaran pampasan.
“Dan, tanggapan umum apabila pengambilan tanah selesai, kerja pembinaan sudah dekat.
Berita lanjut dalam epaper STSS.



