ARTIKEL

Ibu kepada Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin iaitu Ismanira Abdul Manaf, 30 hadir ke Mahkamah Sesyen hari ini. --fotoBERNAMA

Pembelaan tutup kes Zayn Rayyan, Keputusan 31 Oktober

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PETALING JAYA: Pasukan pembelaan ibu Zayn Rayyan Abdul Matin yang berdepan pertuduhan mengabaikan sehingga menyebabkan kecederaan fizikal terhadap kanak-kanak autistik berusia enam tahun itu, menutup kesnya hari ini selepas memanggil lima saksi bagi memberi keterangan.


Peguam Haresh Mahadevan yang mewakili Ismanira Abdul Manaf, 30, memaklumkan kepada mahkamah bahawa pihak pembelaan menutup kes selepas doktor pakar psikologi kanak-kanak Dr Noor Aishah Rosli, 49, selesai memberi keterangan hari ini.


“Pihak pembelaan tidak mempunyai saksi lain dan pihak kami (pembelaan) menutup kes hari ini,” kata peguam itu. 

Hakim Dr Syahliza Warnoh kemudian menetapkan 8 September untuk hujahan bertulis daripada kedua-dua pihak, manakala 22 September bagi hujahan balas sebelum mahkamah membuat keputusan pada akhir kes pembelaan 31 Oktober ini sama ada untmensabitkan atau membebaskan Ismanira daripada pertuduhan berkenaan.


Pada 21 Julai lepas, Ismanira, 30, diperintahkan membela diri atas pertuduhan itu selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh pada akhir kes pendakwaan. Ismanira memberi keterangan membela diri selama tiga hari bermula 21 Julai lepas. — Bernama

BERITA LAIN

RM545 juta perkukuh Internet di Sarawak

KUCHING: Sebanyak RM545 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan fasa pertama Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2 di Sarawak, melibatkan hampir 350 lokasi di seluruh negeri. Menteri Komunikasi

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha