ARTIKEL

Pembeli syabu dalam talian diberkas

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Empat individu termasuk seorang bekas anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terlibat dalam penyalahgunaan dadah ditahan hasil serbuan polis di sebuah bilik sewa berhampiran premis Everfull Kopitiam, Batu 7, semalam.

Ketua Polis Daerah Padawan Supt Aidil Bolhassan berkata, serbuan melibatkan anggota daripada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Dadah (BSJND) Padawan dilakukan sekitar jam 6.55 petang di lokasi.

Menurutnya, hasil serbuan awal menahan tiga lelaki dan seorang wanita berusia dalam lingkungan 23 hingga 36 tahun berada di dalam bilik berkenaan.

“Kesemua suspek yang duduk di dalam bilik telah diperiksa namun tiada sebarang barang mencurigkan ditemui.

“Pemeriksaan lanjut di lantai suspek duduk menemui satu bekas plastik bewarna hitam mengandungi lima peket plastik lutsinar berisi kristal disyaki dadah jenis Syabu seberat 8.70 gram,” jelasnya dalam satu kenyataan, hari ini.

Tambahnya, kesemua suspek serta barangan kes seterusnya ditahan di bawah Seksyen 39(A) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan dibawa ke pejabat BSJND Padawan untuk tindakan lanjut.

Katanya, ujian saringan awal air kencing turut mengesahkan kesemua suspek positif dadah.

Dedahnya, siasatan lanjut mendapati kesemua suspek mengaku ada mengambil dadah pada kali terakhir mereka ditangkap manakala tiga daripadanya turut mengaku membeli dadah secara dalam talian (Bank-in) untuk dijual kepada pembeli di sekitar pekan Batu 7.

Jelas Aidil, semakan polis mengesahkan salah seorang daripada suspek mempunyai enam rekod lampau di bawah Seksyen ADB 1952, manakala dua lagi suspek mempunyai dua rekod lampau di bawah kesalahan sama.

Ujarnya, kesemua suspek kini telah dimasukkan ke lokap Balai Polis Siburan dan Beratok untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 39A(1) dan 15(1)a Akta Dadah Berbahaya 1952.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha