ARTIKEL

MOHAMAD ketika menerima kunjungan Duat serta pegawai Jabatan Pertanian Saratok.

Pemberian input pertanian dilaksanakan mengikut manual bantuan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SARATOK: Pemberian input pertanian seperti baja dilaksanakan mengikut manual bantuan yang ditetapkan.

ADUN Kalaka, Mohamad Duri berkata, beliau setakat ini berpuas hati dengan bantuan daripada Jabatan Pertanian yang memberi perhatian kepada sektor pertanian di konstituennya.

“Berpandukan manual bantuan daripada semua sektor, Jabatan Pertanian Saratok akan terus memberikan bantuan berupa input pertanian seperti baja bagi fasa keempat.

“Senarai penerima terbaharu dikemas kini dan saya berterima kasih kepada pihak pertanian berikutan dapatan positif perbincangan berkaitan bantuan yang dimaklumkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditanya seusai mengadakan pertemuan dengan Jabatan Pertanian Saratok diketuai oleh Duat Gayok serta tiga lagi pegawai yang mewakili sektor masing-masing.

Jelasnya, beberapa perkara dibincangkan pada pertemuan tersebut memberi fokus utama pembangunan pertanian di kawasan DUN Kalaka.

Mengenai pembangunan jalan pertanian, Mohamad mengakui banyak menerima permohonan untuk menambah baik dan naik taraf jalan.

“Secara keseluruhan banyak jalan pertanian di DUN Kalaka telah dibantu melalui pelbagai dana terutama Agensi Pembangunan Bahagian Betong (BDDA), yang statusnya ada yang sudah siap, ada dalam proses tender dan ada yang sedang dalam perlaksanaan.

“Syukur dengan adanya BDDA serta peruntukan lain seperti Program Tranformasi Luar Bandar (RTP) saya, di samping Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), banyak golongan tani menerima manfaat.

“Saya percaya pertanian ialah perniagaan dan dengan akses jalan yang baik, maka tanah dapat diusahakan.

“Akhirnya, dapat meningkatkan sumber ekonomi dan pendapatan rakyat di DUN Kalaka,” tambahnya.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha