ARTIKEL

Pemberontakan bawa risiko perpecahan Myanmar

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

YANGON: Presiden Myanmar yang disokong junta berkata, negara itu berisiko untuk berpecah jika tentera tidak dapat menumpaskan serangan kumpulan bersenjata etnik di sepanjang sempadan dengan China, lapor media kerajaan pada Khamis.

Pertempuran berlaku selama hampir dua minggu di seluruh negeri Shan utara berhampiran sempadan China, yang dikatakan penganalisis sebagai cabaran ketenteraan terbesar kepada junta sejak ia merampas kuasa pada 2021.

“Jika kerajaan tidak menguruskan insiden yang berlaku di wilayah sempadan dengan berkesan, negara itu bakal berpecah kepada pelbagai bahagian,” kata Myint Swe pada Rabu, menurut Global New Light of Myanmar.

Tentera Perikatan Demokratik Kebangsaan Myanmar, Tentera Pembebasan Kebangsaan Ta’ang dan Tentera Arakan berkata, mereka merampas berpuluh-puluh pos tentera dan menyekat laluan perdagangan penting ke China.

Junta mengakui kehilangan kawalan ke atas hab perdagangan utama, tetapi tidak mengulas perkembangan pertempuran selama beberapa hari itu.

Myint Swe membuat kenyataan itu pada mesyuarat Majlis Pertahanan dan Keselamatan Negara, yang dihadiri ketua junta Min Aung Hlaing dan pegawai tinggi tentera yang lain.

Myint Swe adalah naib presiden di bawah kerajaan Aung San Suu Kyi yang dipilih secara demokrasi yang digulingkan oleh tentera pada 2021.

Beliau kemudiannya dilantik sebagai pemangku presiden oleh junta.

“Kestabilan sedikit sebanyak dapat dipulihkan kerana pengorbanan nyawa tentera junta,” katanya tanpa memberikan butiran lanjut. – AFP

BERITA LAIN

BERITA TERBARU