ARTIKEL

PERASMIAN…Sekitar perasmian Balai Bomba dan Penyelamat Belaga di sini, hari ini.

Pembinaan Balai Bomba Sungai Asap perlu dipercepat – Wilson Ugak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BELAGA: Pembinaan Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Asap perlu dipercepat bagi memastikan kira-kira 15 kampung penempatan semula di kawasan itu mendapat akses lebih pantas kepada perkhidmatan kecemasan.

Timbalan Menteri Digital Datuk Wilson Ugak Kumbong berkata, kewujudan balai bomba di kawasan berkenaan penting bagi memastikan penduduk mendapat akses lebih pantas kepada perkhidmatan kecemasan khususnya ketika berdepan kejadian yang mengancam nyawa dan harta benda.

PERASMIAN…Sekitar perasmian Balai Bomba dan Penyelamat Belaga di sini, hari ini.

“Apabila berlaku kecemasan, masa adalah nyawa.

Kalau kita boleh mempercepat sesuatu projek untuk kepentingan rakyat, mengapa kita perlu melambatkannya?” katanya.

PERASMIAN…Sekitar perasmian Balai Bomba dan Penyelamat Belaga di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Balai Bomba dan Penyelamat Belaga di sini, hari ini.

Wilson yang juga Ahli Parlimen Hulu Rajang berkata gesaan itu dibuat bukan sahaja sebagai Timbalan Menteri Digital, tetapi juga sebagai wakil rakyat yang membawa suara masyarakat Belaga dan Sungai Asap.

“Saya mohon supaya pembinaan Balai Bomba Sungai Asap dipercepat.

Tolong lihat Sungai Asap ini sebagai satu keutamaan,” katanya.

Menurut beliau, kedudukan Sungai Asap yang jauh dari pusat perkhidmatan bomba terdekat menjadikan aspek masa tindak balas amat penting terutama ketika berlaku kecemasan.

Sungai Asap katanya terletak kira-kira 50 kilometer dari Empangan Bakun, manakala perjalanan darat dari Bintulu mengambil masa kira-kira dua jam.

“Kawasan itu turut menempatkan kira-kira 15 kampung penempatan semula masyarakat yang terjejas akibat pembinaan Empangan Bakun sekali gus menjadikan penyediaan kemudahan keselamatan yang lebih dekat sebagai satu keperluan penting,” katanya.

Wilson berkata kerajaan tidak seharusnya menunggu sehingga berlaku tragedi sebelum mengambil langkah untuk memperkukuh kemudahan keselamatan di kawasan pedalaman.

Beliau berkata perkara yang boleh diselesaikan di peringkat kementerian atau jabatan perlu diberi perhatian dan tindakan segera manakala perkara yang melibatkan keperluan peruntukan boleh dibincangkan bersama-sama.

Isu berkenaan katanya turut mendapat perhatian di peringkat Parlimen apabila status projek berkenaan dibangkitkan dalam Dewan Negara pada Mac lalu.

Dalam pada itu, Wilson berkata perasmian Balai Bomba dan Penyelamat Belaga bukan sekadar melibatkan sebuah bangunan baharu, sebaliknya mencerminkan komitmen kerajaan dalam memastikan keselamatan penduduk di kawasan pedalaman terus diberi keutamaan.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Golf Senior Pacu Pelancongan Sarawak

Kejohanan Golf Amatur Senior Antarabangsa Sarawak (SISAGC) 2026 bakal kembali tahun depan selepas edisi sulungnya berjaya menghimpunkan 156 pemain dari enam negara, sekali gus membuka