ARTIKEL

FB Saifuddin Nasution Ismail

Pembinaan kapal MPMS 1 mendahului jadual, pulang akhir Januari

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

ISTANBUL: Pembinaan Kapal Misi Pelbagai Guna 1 (MPMS 1) milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia mendahului jadual asal.

Menurut Bernama Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menjangkakan kapal itu pulang ke Malaysia pada akhir Januari depan.

Beliau menyifatkan MPMS 1 bakal menjadi kapal terbesar dalam armada APMM apabila siap kelak.

Saifuddin Nasution menyempurnakan majlis pelancaran kapal berkenaan di Desan Shipyard, Turkiye, disaksikan beberapa pegawai kanan kedua-dua negara.

Beliau turut mengadakan mesyuarat dua hala dengan Menteri Dalam Negeri Turkiye bagi meneroka perkongsian teknologi keselamatan maritim.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU