ARTIKEL

BERCAKAP… Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Datuk Seri Fatimah Abdullah. | RAMIDI SUBARI

Pembinaan SNCC Sarawak dijangka bermula tahun ini

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Pusat Komuniti Keperluan Khas (SNCC) Sarawak kini masih dalam fasa perancangan reka bentuk bangunan.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Datuk Seri Fatimah Abdullah berkata, proses rancangan reka bentuk itu turut merangkumi skop kerja berkaitan mengikut peruntukan yang disediakan iaitu kira-kira RM50 juta.

“Kerja-kerja pembinaan dijangka bermula pada tahun ini.

Konsultan dilantik, reka bentuk sedang disiapkan dan proses tender akan dimulakan tidak lama lagi.

“Kita yakin bahawa projek ini akan memberi manfaat besar kepada masyarakat dan membantu Orang Kelainan Upaya (OKU) menjalani kehidupan yang lebih baik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan majlis Pameran Seni Autisme 2025 di pusat beli-belah Spring, di sini, hari ini.

Menurut Fatimah, peruntukan RM50 juta dijangka tidak akan mencukupi memandangkan terdapat keperluan lain yang dirancang termasuk penyediaan kemudahan dan latihan sukan bagi mengembangkan individu berbakat dalam bidang sukan.

BERITA LAIN

Maklumat dasar kerajaan perlu sampai ke akar umbi

BINTULU: Penyampaian maklumat mengenai dasar, inisiatif pembangunan dan bantuan kerajaan perlu diperluas hingga ke peringkat akar umbi bagi memastikan rakyat mengetahui serta dapat memanfaatkan kemudahan

BERITA TERBARU