ARTIKEL

Pembukaan kawasan baharu Tanjung Embang libatkan sebahagian kecil hutan simpan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Pembukaan kawasan baharu di Tanjung Embang hanya melibatkan sebahagian kecil kawasan hutan simpan, dan lebih tertumpu kepada kawasan paya termasuk hutan bakau dan nipah, kata Pengarah Jabatan Hutan Sarawak (JHS), Datu Hamden Mohammad.

Menurut beliau, kawasan yang akan dibangunkan sebagai lapangan terbang Kuching baharu itu merupakan kawasan pantai yang tidak mempunyai pokok-pokok besar seperti hutan darat yang lain.

“Tak adalah (Tanjung Embang libat hutan simpan)… tetapi lebih kepada kawasan paya dan juga kawasan nipah kerana ia kawasan pantai…Jadi dia tak melibatkan kawasan pokok-pokok besar,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Jabatan Hutan Sarawak di Wisma Sabati, di sini hari ini.

Mengulas lanjut mengenai kepentingan hutan bakau, Hamden berkata pokok bakau memainkan peranan penting dalam menghalang hakisan pantai selain menjadi sebahagian daripada ekosistem hutan yang unik.

“Ya, hutan-hutan bakau – merupakan sebahagian daripada jenis hutan yang penting. Namun, dari segi peratusan, ia tidak besar. Di Kuching, kawasan hutan bakau hanya terdapat di Lundu, Sematan, Salak dan sebahagian kecil di Limbang,” ujarnya.

Tambah beliau, kawasan hutan bakau yang paling besar di Sarawak terletak di sekitar Batang Rajang, dikenali sebagai Rajang Mangrove.

“Kalau ikut data kita sebelum ini, hanya sekitar 127,000 hektar hutan bakau direkodkan di seluruh negeri berbanding 12.5 juta hektar keluasan tanah keseluruhan Sarawak. Jadi, ia (hutan bakau) kecil sahaja,” tambahnya.

Hamden turut memaklumkan bahawa usaha penanaman semula pokok bakau telah dilaksanakan sejak insiden tsunami pada tahun 2004 sebagai langkah pemuliharaan pantai dan pemulihan ekosistem.

BERITA LAIN

Maklumat dasar kerajaan perlu sampai ke akar umbi

BINTULU: Penyampaian maklumat mengenai dasar, inisiatif pembangunan dan bantuan kerajaan perlu diperluas hingga ke peringkat akar umbi bagi memastikan rakyat mengetahui serta dapat memanfaatkan kemudahan

BERITA TERBARU