ARTIKEL

Pembukaan sekolah tiga daerah di Sarawak ditangguh lagi

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Pembukaan semula sesi persekolahan bagi 164 buah sekolah menengah dan sekolah rendah di daerah Kuching, Padawan dan Samarahan, yang sebelum ini diumumkan bermula 3 Ogos, akan ditangguhkan ke 17 Ogos.

Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak dalam kenyataan hari ini, penangguhan yang melibatkan kelas-kelas Peralihan sehingga Tingkatan Enam Rendah untuk sekolah menengah dan Tahun Satu hingga Enam sekolah rendah akan diperluaskan, melibatkan 25 buah sekolah di daerah Padawan dan 24 buah sekolah di Samarahan.

“Penangguhan pembukaan semula sesi persekolahan di daerah Kuching, Padawan dan Samarahan setakat ini melibatkan 213 buah sekolah. Bagi kelas Prasekolah, Tingkatan Lima dan Tingkatan Enam Atas, sesi persekolahan diteruskan seperti biasa,” menurut kenyataan itu.

Keputusan itu dibuat berdasarkan nasihat Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak, Majlis Keselamatan Negara dan persetujuan bersama antara semua pihak termasuk Kementerian Pendidikan susulan peningkatan terkini kes positif COVID-19 yang dicatatkan di negeri ini.

Sarawak merekodkan dua kes positif COVID-19 hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 setakat ini sebanyak 677 kes.

Sementara itu, JPBN Sarawak melalui pasukan sukarelawan, Sarawak Volunteers (SV), akan membantu pelajar dari negeri ini yang bakal memulakan pengajian di peringkat matrikulasi di seluruh negara pada 3 Ogos depan dari segi pengangkutan menuju ke pusat matrikulasi mereka.

“Inisiatif itu bertujuan membantu pelajar-pelajar matrikulasi yang baru mendaftar dan tidak dapat ditemani ibu bapa mereka (berikutan sekatan pergerakan).

“Oleh itu, kerajaan negeri bekerjasama dengan Sarawak Volunteers bagi mengurangkan kesan dan meringankan beban ibu bapa,” katanya.– BERNAMA

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

Taman Kenyalang ngеna konsep moden

KUCHING: Datuk Bandar Kuching Selatan, Dato Wee Hong Seng nerima penuemai basa ari diligit Chung Yuan Christian University (CYCU), Taoyuan, Taiwan, ti bejuraika asil tungkap

Standard teknikal nyamin pemujur servis

CYBERJAYA: Komiti Besai Komunikasyen enggau Multimedia Malaysia (MCMC) negap pemansang standard teknikal nentuka servis begunа baka komunikasyen, bekal kuasa karan enggau ai ulih beoperasyen likun,