ARTIKEL

Responden dibawa masuk ke bilik tahanan sementara oleh Anggota Penjara.

Pembunuh teman wanita dipenjara 37 tahun, 18 sebatan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Mahkamah Persekutuan di sini hari ini mengetepikan hukuman penjara 30 tahun dan 12 sebatan dan menggantikannya dengan 37 tahun dan 18 sebatan terhadap seorang lelaki tempatan kerana membunuh teman wanitanya berusia 52 tahun pada November 2017.

Panel tiga hakim yang terdiri daripada Datuk Seri Azizah Nawawi, Datuk Rhodzariah Bujang dan Datuk Collin Lawrence Sequerah menolak rayuan akhir pihak perayu yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya Mohd Amril Johari untuk mengembalikan hukuman mati yang dikenakan oleh Mahkamah Tinggi.

“Selepas mempertimbangkan rayuan dan mitigasi daripada pihak responden dan perayu serta mengambil kira kepentingan awam,

dengan ini kita sebulat suara bagi menggantikan rayuan hukuman mati terhadap Abdul Rahim Wahap, 34, ditukar kepada hukuman penjara 37 tahun dan 18 sebatan,” kata Datuk Seri Azizah.

Pada 16 Disember 2022, Abdul Rahim dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi Miri selepas didapati bersalah membunuh mangsa wanita berusia 52 tahun.

Abdul Rahim yang berasal dari Kampung Piasau Utara didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman mati. Jika tidak dihukum mati, dia hendaklah dipenjara tidak kurang daripada 30 tahun dan tidak melebihi 40 tahun, serta disebat tidak kurang daripada 12 sebatan jika sabit kesalahan.

Pada 14 Oktober 2025, responden terlepas daripada tali gantung selepas rayuannya diterima Mahkamah Rayuan dan hukuman itu digantikan dengan pemenjaraan selama 30 tahun dan 12 sebatan.

Pihak perayu kemudian memohon hukuman itu disemak semula untuk mengembalikan hukuman mati yang dikenakan oleh Mahkamah Tinggi.

Permohonan itu dibuat kerana hukuman pemenjaraan tidak memadai jika dibandingkan dengan keseriusan kesalahan yang dilakukan responden, selain mengambil kira kepentingan awam.

Berdasarkan pertuduhan, dia yang ketika itu berusia 25 tahun didakwa melakukan kesalahan itu di Jambatan Lutong antara jam 9.38 pagi, 28 November dan 3 pagi, 29 November 2017.

Pada 2 Disember 2017, saksi ketiga kejadian menemui objek seperti guni terapung di sungai dan menyedari ia berisi badan manusia.

Saksi kemudian terus memaklumkan kepada ketua kampung dan laporan polis dibuat untuk tindakan lanjut.

Hasil pemeriksaan mendapati objek itu ialah mayat mangsa wanita berusia 52 tahun.

Hasil bedah siasat mengesahkan punca kematian mangsa ialah kecederaan serius di tengkuk dan dada akibat objek tumpul.

Ketiga-tiga anak mangsa mengesahkan bahawa responden dan mangsa mempunyai hubungan intim serta pernah berkunjung ke rumah mereka semasa sambutan Hari Raya.

Mangsa juga selalu membantu responden dalam perniagaan bengkelnya, namun perniagaan itu gagal dan mangsa meminta responden membayar wang yang telah diberikannya.

Difahamkan, saksi lain pernah mendengar pergaduhan antara responden dan si mati melalui panggilan telefon, selain responden turut mengugut hendak membunuh si mati.

Abdul Rahim berjaya ditangkap beberapa hari selepas kejadian.

Responden diwakili Peguam Lantikan Mahkamah Abdul Rahman Mohamad Hazmi.

BERITA LAIN

Sarawak kekal sasar lima juta pelancong tahun ini

KUCHING: Sarawak menyasarkan ketibaan lima juta pelancong tahun ini meskipun berdepan cabaran susulan konflik di Asia Barat yang menjejaskan perjalanan antarabangsa serta mendorong kenaikan harga

BERITA TERBARU