ARTIKEL

Presiden MuFA, Khairul Anuar Adeni.

Pemenang cipta logo, gambar, video Persatuan Bola Sepak Bahagian Mukah diumum Sabtu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Pemenang bagi pertandingan mencipta logo baharu Persatuan Bola Sepak Bahagian Mukah (MuFA) selain pemenang untuk pertandingan gambar dan video akan diumumkan Sabtu ini (11 Januari).

Presiden MuFA, Khairul Anuar Adeni, memberitahu bahawa pihaknya sudah mempunyai nama pemenang bagi ketiga-tiga pertandingan tersebut.

Bagaimanapun, katanya, nama mereka akan diumumkan pada hujung minggu ini, disusuli majlis penyampaian hadiah.

“Kita akan umumkan nama semua pemenang bagi pertandingan yang telah dianjurkan itu pada Sabtu ini.

“Majlis penyampaian hadiah juga akan dilangsungkan pada hari yang sama,” ujar Khairul kepada Arena Suara Sarawak.

Beliau memberitahu bahawa pihaknya memilih tarikh 11 Januari untuk mengumumkan nama pemenang bagi pertandingan itu selari dengan tarikh perlawanan akhir Liga Setia Raja MuFA 2024.

BERITA LAIN

GP Malaysia 2026: Hakim Danish Raih Petak Ketiga

SEPANG: Pelumba Moto3 negara Muhammad Hakim Danish Ramli meletakkan dirinya dalam kedudukan terbaik untuk memburu podium Grand Prix (GP) Motosikal Malaysia 2026 selepas meraih petak

BERITA TERBARU