Studio Labu Sakti menganjurkan pementasan Bangsawan Panglima Nikosa Menjadi Raja secara percuma di Dewan Masyarakat Beladin, jam 8 malam pada 13 dan 14 Oktober ini.
Pengarahnya, Zakaria Manan berkata, dia mahu membawa seni bangsawan keluar dari daerah Kuching agar mampu berkembang maju di kawasan yang jauh dari pusat bandar.

“Ia sekali gus menjadi bangsawan yang pertama keluar dari bandar raya Kuching menuju ke bahagian lain,” katanya.
Bangsawan ini dijayakan barisan pelakon tempatan, iaitu Haziq Fadhullah (Panglima Nikosa), Nooruddin Ismail (Yang Mulia Ayahanda Tok Ketua), Mohd Zakaria Jamsari (Pillina) dan Abdul Kassim Daud (Bijaksana Rangtua 1), Siti Hasrina Mohd Shamsuddin (Bijaksana Rangtua 2) dan Sofea Yusuf (Bijaksana Rangtua 3).



