ARTIKEL

Pemergian James Masing kehilangan besar – Abg Jo

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

LAWAS: “Pemergian Tan Sri Datuk Amar Dr James Jemut Masing merupakan kehilangan besar sebagai seorang rakan, kawan dan juga seorang ahli kabinet,” kata Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Menurut beliau, mendiang telah banyak menyumbang kepada kawasan masyarakat luar bandar dah kaum Dayak.

“Sumbangan beliau begitu tinggi sekali. Saya berasa amat sedih mendengar khabar beliau telah menghembuskan nafas yang terakhir pagi tadi,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Sarawak Linking Urban, Rural and Nation (Saluran -Mysrbn) di Lawas, hari ini.

Abang Johari turut menyifatkan Masing sebagai seorang rakan dalam kerajaan yang telah banyak memberi idea dan sumbangan dalam menguruskan negeri semenjak beliau menjadi ahli kabinet di bawah pemerintahan Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud, allahyarham Pehin Sri Tan Sri Adenan Satem dan juga di bawah pemerintahannya sekarang.

Malah, beliau yakin Parti Rakyat Sarawak (PRS) akan diteruskan sama seperti cara Masing mentadbir parti itu sebagai presiden.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU