ARTIKEL

Pemeriksaan setiap tiga bulan, tiada jaminan pesakit sembuh COVID-19 tidak dijangkiti semula

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PUTRAJAYA, 26 Jun — Kementerian Kesihatan (KKM) akan melakukan pemeriksaan susulan terhadap pesakit COVID-19 yang sudah didiscaj dari hospital setiap tiga bulan bagi memantau tahap sebenar antibodi dan keadaan paru-paru mereka.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata ini berikutan tidak ada jaminan bahawa mereka yang sudah sembuh daripada jangkitan COVID-19 tidak boleh dijangkiti semula.

“Pemeriksaan susulan ke atas pesakit COVID-19 yang sembuh dibuat untuk mengesan jika berlaku kerosakan atau sebarang perubahan pada paru-paru mereka,” katanya pada sidang media perkembangan COVID-19 di KKM, di sini hari ini.

Merujuk kepada  laporan akhbar tempatan yang mendakwa bekas pesakit COVID-19 mudah dijangkiti kuman, Dr Noor Hisham berkata perkara tersebut adalah berdasarkan kajian di luar negara dan kes seumpama itu belum dikesan berlaku di Malaysia setakat ini.

Katanya kenyataan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)  sebelum ini ada menyebut tiada pasport imuniti bagi bekas pesakit COVID-19.

“Ini bererti kalau dijangkiti COVID-19 tidak semestinya tidak boleh dijangkiti lagi. Ini disebabkan antibodi yang  terbina (semasa melawan jangkitan COVID-19 yang pertama) adalah tidak cukup untuk pertahanan bagi  jangkitan kedua dan seterusnya. Oleh itu pemeriksaan susulan oleh KKM adalah penting,” katanya lagi.

Dr Noor Hisham berkata pengalaman dunia dan Malaysia dalam menghadapi COVID-19 dan melihat kesan jangkitannya kepada  pesakit yang sudah sembuh masih baru iaitu hanya selama enam bulan.

Tidak ada pihak yang boleh meramalkan apa yang akan berlaku selepas ini, katanya lagi.

Menurut  Dr Noor Hisham, berdasarkan kajian di negara luar, antibodi pesakit COVID-19 yang sudah sembuh semakin berkurangan selepas lapan minggu.

Ditanya mengenai penggunaan terowong sanitasi,  Dr Noor Hisham sekali lagi mengingatkan orang awam bahawa tiada bukti klinikal akan keberkesanan kaedah itu.

“Kementerian masih tidak menggalakkan penggunaan terowong ini. Malah, kami bimbang akan keselamatan serta kesan sampingannya.

“Ini kerana virus berada di dalam tubuh, bukan pada  permukaan. Bahan kimia yang disembur di dalam terowong mungkin memudaratkan, menyebabkan iritasi pada kulit, mata dan mulut … mungkin juga mencetuskan serangan asma pada penghidap,” katanya.

 

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

XPDC Bario 375km meri pengelantang

KUCHING: Pengeransing Sapit Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas ngabas jalai menua ulu nengah XPDC 1.0 Bario ba taun 2025 dipuji komuniti Kenyah enggau