ARTIKEL

PEMERKASAAN KRT PROGRESIF

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MENERUSI Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kedua Belas, kerajaan meletakkan Pembangunan Masyarakat Progresif sebagai satu daripada komponan penting inisiatif Anjakan Besar Pembudayaan Masyarakat MADANI, maka KPN melalui JPNIN mengambil inisiatif untuk memperkasa dan memperkukuhkan peranan RT sebagai Penggerak Komuniti Progresif melalui keberdayaan ekonomi, ketahanan, kebersamaan, pengupayaan dan daya kepimpinan komuniti, tadbir urus dan tatakelola yang cekap serta kerjasama strategik yang kondusif antara pelbagai pihak.

Sejak penubuhannya, kelestarian RT sebagai pemacu dalam komuniti kejiranan telah terbukti memberi impak yang signifikan dalam membantu usaha kerajaan membangunkan komuniti setempat mencakupi pelbagai aspek seperti pengukuhan semangat kejiranan, keselamatan, pembelajaran sepanjang hayat, ekonomi dan kesejahteraan hidup komuniti. Bermula dengan konsep keselamatan pada tahun 1975, peranan RT telah ditransformasikan seiring dengan cabaran dan keperluan semasa masyarakat serta negara.

Pada tahun 1983, kerajaan telah memperkenalkan konsep kejiranan untuk menjadikan RT sebagai tapak integrasi dalam kehidupan bermasyarakat khususnya di kawasan-kawasan bandar dan perumahan. Usaha ini penting kerana semangat kejiranan, perpaduan dan keharmonian dalam komuniti adalah merupakan tonggak kepada kestabilan, keamanan dan kemakmuran negara.

Seterusnya pada tahun 2000, RT Alaf Baru telah diperkenalkan melalui konsep pembangunan komuniti yang memberi fokus kepada pengupayaan komuniti melalui pembelajaran sepanjang hayat untuk berhadapan dengan perubahan gaya hidup dan isu-isu sosial semasa.

Selaras dengan penubuhan KPN pada 10 Mac 2020, Kementerian telah menyediakan gerak kerja RT yang lebih jelas, komprehensif dan inklusif dengan memfokuskan peranan RT melalui empat (4) gerak kerja komuniti iaitu Gerak Kerja Komuniti Sejahtera, Gerak Kerja Komuniti Selamat, Gerak Kerja Komuniti Sihat dan Gerak Kerja Komuniti Bersih dan Indah. Inisiatif ini bertujuan untuk mendukung hasrat kerajaan menjadikan RT sebagai entiti yang penting dan inklusif serta berupaya menyampaikan perkhidmatan yang cemerlang kepada komuniti.

Selaras dengan aspirasi Dasar Perpaduan Negara, Kerangka Membangun Masyarakat MADANI, Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kedua Belas dan Wadah Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat, maka peranan RT sebagai penggerak, pengantara penting dan penjalin hubung (bridge builder) dalam masyarakat memerlukan lonjakan transformasi melalui landskap pembangunan yang dipacu oleh komuniti (communitydriven development).

Justeru, antara inisiatif Kementerian bagi mencapai matlamat tersebut adalah dengan memperkasakan peranan RT sebagai penggerak komuniti progresif. Sebanyak lapan (8) bidang tumpuan yang telah ditetapkan untuk menjadikan Rukun Tetangga sebagai entiti yang penting dan inklusif serta berupaya membangun komuniti progresif iaitu Ekonomi dan Sara Hidup, Keselamatan dan Ketahanan Komuniti, Kepimpinan, Kesejahteraan Komuniti, Pembelajaran Sepanjang Hayat, Alam Sekitar, Warisan dan Budaya serta Daya Cipta. Inisiatif Rukun Tetangga Progresif merangkumi tiga (3) fasa pelaksanaan seperti berikut:

(a)Fasa 1 – Tahun 2024 (Jangka Masa Pendek) Fasa pertama inisiatif pemerkasaan ini bermula pada tahun 2024 dengan peruntukan sebanyak RM20 juta yang telah diluluskan dalam Belanjawan 2024.

Oleh itu, Pelan Tindakan Pemerkasaan RT telah dibangunkan sebagai gerak kerja membangun komuniti progresif.

Daripada 8,438 RT di seluruh negara, sekurang-kurangnya 116 RT diperkasakan sebagai Model RT Progresif.

(b) Fasa 2 – Tahun 2025 (Jangka Masa Sederhana) Perluasan sekurang-kurangnya 300 RT yang akan diperkasakan atau dimodelkan sebagai RT Progresif.

(c) Fasa 3 – Tahun 2026 (Jangka Masa Panjang) Cadangan agar Inisiatif Pemerkasaan RT diletakkan di bawah Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK-13) dan dilaksanakan secara berterusan.

Setiap negeri melalui Pejabat Perpaduan Daerah/Bahagian mengenalpasti RT-RT yang berpotensi untuk dimodelkan sebagai RT Progresif berdasarkan kriteria berikut:

(a) RT yang aktif, cemerlang dan berdaya saing.

(b) Menjalankan pelbagai projek/program/aktiviti/ perkhidmatan

(c) Kepimpinan yang komited

(d) Pelibatan aktif komuniti

(e) Mempunyai pelbagai sumber dalam Kawasan (contoh: tanah, premis, kolam, modal insan, kepakaran terentu)

(f) Mempunyai projek ekonomi untuk didayaupayakan atau dimajukan melalui bantuan dari segi latihan, bimbingan, kewangan, premis, teknologi, peralatan dan lain-lain.

(g) Mempunyai cadangan atau perancangan projek ekonomi untuk dilaksanakan (contoh: pertanian (kebun komuniti, penternakan, kraftangan dan projek atau program berimpak tinggi kepada komuniti.

(h) Mempunyai jaringan kerjasama strategik yang kondusif dengan pelbagai pihak yang membantu RT dalam pelaksanaan projek/ program/aktiviti / perkhidmatan.

(i) Memanfaatkan penggunaan teknolog moden, inovasi dan kreativiti dalam pembangunan komuniti setempat.

Pemetaan sosial merupakan satu tindakan awal yang perlu dilaksanakan sebelum pemberdayaan komuniti RT dilaksanakan melalui analisis profiling yang disediakan.

Pemetaan sosial yang dibuat akan memberi kefahaman mengenai: (a) kondisi komuniti (b) potensi sumber-sumber dalam kawasan (c) keupayaan modal insan (d) mengidentifikasi isu atau permasalahan yang dihadapi oleh komuniti (e) keperluan projek atau aktiviti (f) stakeholder, rakan strategik Pemerkasaan RT Sebagai Penggerak Komuniti Progresif merupakan suatu inisiatif dan komitmen Kementerian melalui JPNIN untuk memperkukuhkan lagi peranan RT sebagai jentera perpaduan di peringkat komuniti dalam pembangunan masyarakat progresif yang menjadi pemangkin kepada usaha mempertingkatkan inklusiviti, kemakmuran dan merintis jalan bagi menjadikan Malaysia sebagai negara yang lebih baik, sejahtera dan mampan untuk generasi akan datang selari dengan aspirasi Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kedua Belas.

Usaha ini direncanakan berdasarkan kepada Kerangka Pemerkasaan RT Penggerak Komuniti Progresif yang bersifat inklusif dan komprehensif.

Dengan keberdayaan ekonomi, kebersamaan komuniti, daya kepimpinan, keupayaan komuniti dan struktur pentadbiran yang kukuh serta kerjasama strategik yang kondusif dengan pelbagai pihak, RT akan dapat berperanan secara lebih efektif sebagai penggerak, pengantara dan penjalin hubung dalam komuniti untuk membangun masyarakat progresif.

BERITA LAIN

Memelihara Rasa Warisan Merentasi Generasi

Pemenang hadiah utama kempen MAGGI® Jom Masak & Menang Bersama, Nurjehan Binti Salleh (tengah) menerima sebuah kenderaan edisi terhad Ford Ranger XL pada kemuncak sambutan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha