ARTIKEL

Salah satu iklan haram yang diletakkan di persimpangan perumahan di kawasan pentadbiran MPS.

Pemilik papan tanda haram boleh dikompaun sehingga RM1,000

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIBU: Majlis Perbandaran Sibu (MPS) mengenal pasti banyak papan tanda haram yang telah dipasang di tepi-tepi jalan di kawasan pentadbirannya.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Tujuan Am dan Khidmat Masyarakat MPS, Kaunselor Donna Petrus Ngelai berkata, pemasangan itu adalah seperti iklan-iklan haram oleh pihak tidak bertanggungjawab.

“Tindakan mereka ini dikesan berlaku terutamanya di persimpangan jalan yang boleh menghalang dan mengganggu pandangan, serta membahayakan pengguna jalan raya.

“Justeru, MPS akan mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap mana-mana papan tanda haram di kawasan pentadbirannya, terutamanya di simpang jalan yang menghalang dan mengganggu pandangan serta membahayakan pengguna jalan raya,” katanya di sini, hari ini.

Donna berkata, tindakan sedemikian selaras dengan peruntukan Undang-undang Kecil Pihak Berkuasa Tempatan (Iklan) 2012 dan penguatkuasaan itu akan dilaksanakan mulai Mei ini.

Menurutnya, di bawah peruntukan tersebut, MPS boleh mengeluarkan dan merampas mana-mana papan tanda haram yang telah dipasang secara haram di dalam kawasan pentadbirannya.

“Pesalah juga boleh dikompaun sehingga RM1,000.

“Oleh itu, pihak majlis merayu kepada semua pemilik papan tanda berkenaan, yang telah dipasang secara haram di tepi jalan dalam kawasan pentadbiran MPS, untuk menanggalkan atau mengalihkannya secepat mungkin.

“Ini bagi mengelakkan tindakan penguatkuasaan diambil terhadap mereka, termasuk membayar denda atas tindakan tersebut nanti,” tegasnya.

BERITA LAIN

Geran pemula bantu usahawan muda Sarawak

KUCHING: Usahawan belia di Sarawak berpeluang memohon geran sehingga RM15,000 menerusi Geran SYStartUP bagi membantu menampung kos permulaan dan pembangunan perniagaan masing-masing. Timbalan Menteri Belia,

BERITA TERBARU

Empat maut padam kebakaran hutan Bromo

JAKARTA: Empat orang maut manakala dua lagi melecur teruk selepas terperangkap dalam asap tebal dan api yang merebak dengan pantas ketika berusaha memadamkan kebakaran hutan

Tubi Mbos khazanah kulinari Bidayuh

TUBI mbos merupakan warisan kulinari masyarakat Bidayuh Biatah di Kampung Pain Bojong yang lahir daripada kearifan tempatan sebagai bekalan makanan mesra alam untuk penduduk ke