NEW DELHI: Pemimpin negara BRICS menekankan kepentingan penggunaan teknologi dan sistem angkasa lepas secara aman dalam deklarasi yang diterima pakai pada sidang kemuncak di India, Sabtu.
Deklarasi itu turut memperingati ulang tahun ke-65 penerbangan angkasa lepas pertama manusia oleh Yuri Gagarin pada 12 April 1961.
Menurut dokumen berkenaan, penerbangan Gagarin merupakan peristiwa bersejarah dalam penerokaan angkasa lepas dan membuka ruang baharu kepada umat manusia.
Sidang Kemuncak BRICS berlangsung di New Delhi pada 12 hingga 13 Sept. India kini memegang jawatan pengerusi BRICS secara bergilir seperti dilapor Bernama.
BRICS ditubuhkan pada 2006 oleh Brazil, Rusia, India dan China. Afrika Selatan menyertainya pada 2011, manakala beberapa negara lain menyertai kumpulan itu sejak 2024.



