ARTIKEL

TURUT SERTA... Awla Dris (dua dari kanan) bersama yang lain ketika memasak bubur asyura.

Pemimpin dekati komuniti setempat melalui program bermanfaat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIMUNJAN: Ketibaan bulan Ramadan sering kali diisikan dengan program bermanfaat dalam usaha menyantuni komuniti setempat.

Sejajar dengan itu, Perguruan Pencak Silat Nilam Sari Sarawak telah mengadakan Program Pengagihan Agihan Bubur Asyura Sempena Bulan Ramadan.

Program yang berlangsung hujung minggu itu menyaksikan sebanyak 500 bungkus bubur asyura telah diagihkan.

Majlis pengagihan telah disempurnakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.25 Simunjan, Awla Dris.

Pengerusi Perguruan Pencak Silat Nilam Sari Sarawak, Fatima Morshidi berkata, program itu adalah sebahagian usaha pihaknya menyantuni komuniti setempat.

“Menerusi program tersebut yang merupakan aktiviti azali setiap kali bulan Ramadan.

“Pada masa sama peluang bagi pihaknya bersama pemimpin masyarakat menyantuni komuniti sasaran,” ujar beliau ketika mengulas mengenai penganjuran program berkenaan.

Beliau sebelum itu ingin merakam ucapan terima kasih kepada semua pihak atas sokongan diberikan dalam menjayakan program berkenaan.

Awla Dris sebelum itu menyambut baik usaha badan induk berkenaan menerusi pelaksanaan program berkenaan.

Menurut Awla, program berkenaan juga secara tidak langsung dapat menjadi wadah bagi merapatkan silaturahim antara semua pihak yang terlibat.

“Satu pendekatan yang amat sesuai sekali dengan penganjuran program itu kerana saya percaya kerana mampu menjadi wadah menyantuni masyarakat setempat,” jelas beliau.

Hadir sama pada majlis tersebut Pegawai Daerah Simunjan, Seroji Ludin, ketua-ketua masyarakat setempat serta guru persatuan persilatan terbabit.

BERITA LAIN

Maklumat dasar kerajaan perlu sampai ke akar umbi

BINTULU: Penyampaian maklumat mengenai dasar, inisiatif pembangunan dan bantuan kerajaan perlu diperluas hingga ke peringkat akar umbi bagi memastikan rakyat mengetahui serta dapat memanfaatkan kemudahan

BERITA TERBARU