ARTIKEL

PAUL MACKENZIE hadir semasa perbicaraannya di Mahkamah Tinggi Mombasa

Pemimpin kultus Kenya dijel 200 tahun

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

NAIROBI: Sebuah mahkamah di Kenya pada Jumaat menjatuhkan hukuman penjara keseluruhan 200 tahun terhadap pemimpin kultus kontroversi Paul Mackenzie berhubung kematian 191 orang, termasuk 190 kanak-kanak, dalam tragedi amalan berpuasa secara ekstrem yang mengejutkan negara Afrika Timur itu, lapor Anadolu Ajansi.

“Hukuman akan dijalani secara berturut-turut, menjadikan jumlah keseluruhan hukuman penjara terhadap tertuduh Mackenzie selama 200 tahun,” kata Hakim Diana Kavedza Mochache ketika menjatuhkan hukuman di Mahkamah Tinggi di bandar pesisir Mombasa.

Mackenzie, bekas mubaligh yang mengetuai Gereja Good News International, dijatuhi hukuman penjara 100 tahun berhubung kematian 190 kanak-kanak dan 100 tahun lagi bagi kematian seorang mangsa dewasa.

Hukuman itu dijatuhkan selepas dia didapati bersalah atas 191 pertuduhan membunuh yang dikaitkan dengan kematian akibat amalan berpuasa secara ekstrem di Hutan Shakahola, tenggara Kenya.

Pihak pendakwaan mendakwa Mackenzie memanipulasi pengikutnya supaya meninggalkan makanan dan membiarkan diri serta anak-anak mereka kebuluran kerana percaya bahawa amalan berpuasa itu akan mendekatkan mereka kepada Jesus Christ.

Kes berkenaan mendapat perhatian antarabangsa selepas pihak berkuasa memulakan kerja penggalian semula mayat dari kubur cetek di kawasan hutan terpencil itu pada April 2023.

Penyiasat menemukan bahawa sebahagian besar mangsa merupakan kanak-kanak, sekali gus mencetuskan kemarahan orang ramai serta persoalan mengenai bagaimana kematian berkenaan tidak dikesan sejak sekian lama.

Kes berkenaan kekal sebagai antara tragedi berkaitan kultus paling dahsyat dalam sejarah Kenya. -Bernama

BERITA LAIN

Syarikat Musk alami kerugian RM1.70 trilion

WASHINGTON: SpaceX dan Tesla, syarikat utama milik bilionair Amerika Syarikat (AS) Elon Musk, secara bersama telah kerugian lebih AS$420 bilion (RM1.70 trilion) sejak pilihan raya

Bapa mentua Putera Harry terkait jenayah seksual

FLORIDA: Thomas Markle, bapa kepada isteri Putera Harry, Meghan Markle, ditahan di Florida pada Jumaat atas tuduhan memiliki imej penderaan seksual kanak-kanak, kata pihak berkuasa.

BERITA TERBARU

Syarikat Musk alami kerugian RM1.70 trilion

WASHINGTON: SpaceX dan Tesla, syarikat utama milik bilionair Amerika Syarikat (AS) Elon Musk, secara bersama telah kerugian lebih AS$420 bilion (RM1.70 trilion) sejak pilihan raya

Ancaman siber gugat bekalan makanan

DUNIA kini berhadapan dengan landskap keselamatan yang semakin tidak menentu apabila sekurang-kurangnya 33 negara dilaporkan menggalakkan rakyat masing-masing menyimpan bekalan makanan, air minuman dan barangan