ARTIKEL

ELON MUSK. AFP

Syarikat Musk alami kerugian RM1.70 trilion

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

WASHINGTON: SpaceX dan Tesla, syarikat utama milik bilionair Amerika Syarikat (AS) Elon Musk, secara bersama telah kerugian lebih AS$420 bilion (RM1.70 trilion) sejak pilihan raya pertengahan penggal pada 3 November, lapor Sputnik/RIA Novosti yang memetik laporan CNBC.

Kerugian itu berpunca daripada penjualan besar-besaran saham teknologi susulan kebimbangan pelabur terhadap penelitian lebih ketat ke atas syarikat-syarikat milik Musk, termasuk melalui siasatan kongres dan kawal selia yang lebih ketat susulan kemenangan Parti Demokrat dalam pilihan raya berkenaan, menurut laporan itu pada Khamis.

Kekayaan bilionair itu dilaporkan merosot ke bawah paras AS$800 bilion (RM3.24 trilion) berbanding AS$1.0 trilion (RM4.05 trilion) pada Jun, namun beliau kekal sebagai individu terkaya di dunia.

Amerika Syarikat mengadakan pilihan raya kongres pertengahan penggal pada 3 November yang menyaksikan Parti Demokrat menguasai kedua-dua dewan.

Di Texas, calon Demokrat dipilih sebagai gabenor buat kali pertama dalam tempoh 30 tahun, manakala di Kansas, seorang wakil Demokrat terpilih ke Kongres buat kali pertama dalam 94 tahun.

Pada akhir Oktober, CNN memetik data Suruhanjaya Pilihan Raya Persekutuan yang melaporkan Musk merupakan penderma terbesar dalam kitaran pilihan raya AS ketika ini, dengan menyumbang lebih AS$445 juta (RM1.80 bilion) bagi pilihan raya pertengahan penggal itu.

Pada Selasa, bilionair berkenaan telah menggesa rakyat Amerika untuk “mengundi merah” (merujuk kepada Parti Republikan). -Bernama-Sputnik/RIA Novosti

BERITA LAIN

Pemimpin kultus Kenya dijel 200 tahun

NAIROBI: Sebuah mahkamah di Kenya pada Jumaat menjatuhkan hukuman penjara keseluruhan 200 tahun terhadap pemimpin kultus kontroversi Paul Mackenzie berhubung kematian 191 orang, termasuk 190

Bapa mentua Putera Harry terkait jenayah seksual

FLORIDA: Thomas Markle, bapa kepada isteri Putera Harry, Meghan Markle, ditahan di Florida pada Jumaat atas tuduhan memiliki imej penderaan seksual kanak-kanak, kata pihak berkuasa.

BERITA TERBARU

Pemimpin kultus Kenya dijel 200 tahun

NAIROBI: Sebuah mahkamah di Kenya pada Jumaat menjatuhkan hukuman penjara keseluruhan 200 tahun terhadap pemimpin kultus kontroversi Paul Mackenzie berhubung kematian 191 orang, termasuk 190

Ancaman siber gugat bekalan makanan

DUNIA kini berhadapan dengan landskap keselamatan yang semakin tidak menentu apabila sekurang-kurangnya 33 negara dilaporkan menggalakkan rakyat masing-masing menyimpan bekalan makanan, air minuman dan barangan