ARTIKEL

Foto X @ChiefAdviserGoB

Pemimpin Pakistan, India adakan pertemuan bersejarah di Dhaka

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

NEW DELHI: Speaker Parlimen Pakistan Sardar Ayaz Sadiq dan Menteri Hal Ehwal Luar India Subrahmanyam Jaishankar berjabat tangan di ibu negara Bangladesh pada Rabu, dalam pertemuan peringkat tinggi pertama antara kedua-dua negara sejak konflik ketenteraan yang berlaku pada Mei lalu.

Ayaz dan Jaishankar bertemu ketika menghadiri upacara pengebumian bekas Perdana Menteri Bangladesh, Begum Khaleda Zia di Dhaka.

Pejabat Ketua Penasihat Kerajaan Interim Bangladesh serta Parlimen Pakistan berkongsi gambar interaksi antara Ayaz dan Jaishankar di media sosial.

Ayaz berada di Parlimen Bangladesh bersama kenamaan asing lain bagi menandatangani buku takziah apabila kedua-dua pemimpin itu bertemu.

“Dalam pertemuan itu, Dr. S. Jaishankar memperkenalkan dirinya kepada Speaker dan menyatakan bahawa beliau mengenalinya. Pertemuan itu menandakan hubungan peringkat tinggi pertama yang dimulakan oleh pihak India sejak konflik Pakistan-India pada Mei 2025,” menurut kenyataan Parlimen Pakistan di platform X.

Ayaz turut mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Penasihat Kerajaan Interim, Muhammad Yunus di Rumah Tamu Negara, Jamuna. – BERNAMA

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

BERITA TERBARU

Rayong cadang Engkilili dinaik taraf jadi daerah penuh

KUCHING: Cadangan menaik taraf Daerah Kecil Engkilili kepada daerah penuh perlu dipercepat bagi memudahkan urusan penduduk dan memperkukuh penyampaian perkhidmatan kerajaan, khususnya kepada masyarakat di