ARTIKEL

Allahyarham Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali | Bernama

Pemimpin Qatar ucap takziah atas pemergian Tun Dr Siti Hasmah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Amir Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, telah menyampaikan ucapan takziah kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, berikutan pemergian isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali, pada Isnin.

Ucapan tersebut dizahirkan melalui kenyataan rasmi Dewan Pemerintahan Amir sebagai tanda simpati dan dukacita atas kehilangan Allahyarham.

Selain itu, Timbalan Amir Qatar, Sheikh Abdullah bin Hamad Al Thani, serta Perdana Menteri merangkap Menteri Luar Qatar, Sheikh Mohammed bin Abdulrahman bin Jassim Al Thani, turut menyampaikan ucapan takziah yang sama.

Berita pemergian Allahyarham turut mendapat liputan meluas daripada media antarabangsa, termasuk portal berita Alarabiya dari Arab Saudi serta Albayan dan Alkhaleej dari Emiriah Arab Bersatu (UAE) seperti dilapor Bernama.

Allahyarham Tun Dr Siti Hasmah meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) pada usia 100 tahun dan selamat disemadikan di Pusara Negara, Presint 20, Putrajaya, pada jam 6.20 petang Isnin.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha