ARTIKEL

Pemuda maut kemalangan di jejambat Temudok, Sri Aman

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SRI AMAN: Seorang lelaki maut apabila motosikal ditunggangnya terbabit kemalangan dengan sebuah kereta di jejambat Temudok, Jalan Sri Aman-Serian, di sini, malam tadi.

Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian kira-kira jam 9.42 malam lalu mengerahkan sembilan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sri Aman ke lokasi.

Mangsa mengalami luka parah di bahagian kepala akibat kemalangan membabit motosikal ditunggangnya bersama sebuah kenderaan.

Katanya, mangsa, 29, mengalami luka parah di bahagian kepala dan tidak sedarkan diri.

“Setelah diperiksa pegawai kesihatan, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan seterusnya diserahkan kepada pihak polis,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pihak bomba seterusnya membuat kerja-kerja pembersihan jalan dari sisa-sisa kemalangan sehingga bersih dan selesai sepenuhnya.

BERITA LAIN

Wanita maut dalam kemalangan di Batu Niah

MIRI: Seorang wanita berusia 24 tahun maut selepas kereta dipandunya dipercayai merempuh belakang sebuah lori di Jalan Pan Borneo, berhampiran Simpang WTK, Batu Niah, pagi

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha