ARTIKEL

Pemuda PBB Satok kongsi rezeki Ramadan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Prihatin dengan nasib golongan yang memerlukan sepanjang PKP, Pergerakan Pemuda PBB Satok tampil membantu agih bantuan keperluan makanan bulan Ramadan menerusi Program Prihatin Pemuda PBB N8 Satok semalam.

Terlibat sama dalam inisiatif ini ialah ahli-ahli pertubuhan terutama ketua pemuda setiap ranting yang membantu mengagihkan bekalan barangan makanan kepada setiap rumah penerima yang telah disenaraikan dan disahkan.

Menurut Ketua Pemudanya Kaunselor Dzamaluddin Zainudin, sebanyak 84 penerima yang terdiri daripada 13 ranting-ranting di kawasan Satok telah dihulurkan bantuan.

“Mereka golongan pemuda, belia dan beliawanis yang berumur di bawah 46 tahun yang benar-benar memerlukan bantuan dan keperluan asas sepanjang PKP.

“Kebanyakan mereka merupakan antara yang telah terjejas dalam mencari pendapatan susulan PKP ini,” katanya ketika dihubungi Suara Sarawak.

Beliau yang juga Pengerusi Biro Ekonomi Satok berkata, sebanyak 1,000 keping topeng muka juga turut diagihkan kepada setiap kawasan ranting untuk diberi kepada semua penduduk di kawasan tersebut termasuk sebanyak 20 kotak penutup hidung dan mulut tersebut merupakan sumbangan oleh Pusaka untuk penduduk kawasan Satok.

“Agihan ini akan bermula pada minggu pertama bulan Ramadan yang diagihkan oleh Ahli Jawatankuasa Pemuda setiap ranting.

“Pergerakan Pemuda PBB Satok telah diamanahkan oleh Pusaka untuk mengagihkan topeng muka ini kepada penduduk kampung di Satok dan sekitarnya,” ujarnya.

Tambahnya, Pergerakan Pemuda kini bergiat aktif bagi membantu dan mencari sumber kewangan serta memohon sumbangan daripada pelbagai pihak bagi membantu usaha tersebut.

“Kita juga mendapat sokongan penuh daripada Pusat Khidmat PBB Satok iaitu Exco Cawangan Dan Wanita PBB N8 Satok, penghargaan terima kasih kepada semua Exco Pemuda dan Ketua-Ketua Pemuda Ranting PBB Satok yang bersamasama menjayakan program ini bagi membantu golongan yang benar-benar memerlukan bantuan,” katanya.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

Ultras Bluewave bawa sorakan Hong Kong ke Kuching

KUCHING: Demi menyokong pasukan kesayangan, kira-kira 40 penyokong tegar Kitchee SC sanggup merentas lautan dari Hong Kong ke Kuching bagi menyaksikan aksi Liga Juara-Juara Asia

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan