ARTIKEL

Pemuzik veteran terima penghargaan pada 10 Okt

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PETALING JAYA: Seramai 20 pemuzik veteran berusia 75 tahun ke atas yang masih aktif akan menerima penghargaan menerusi MfM Benefit Showcase 2026 “Rocking For A Cause” pada 10 Okt ini.

Menurut Bernama, Setiausaha Kehormat Persatuan Pemuzik Malaysia (MfM) Latifah Abdullah berkata setiap penerima akan menerima plak sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan mereka kepada industri muzik tempatan.

Antaranya ialah Richard Joseph, 83, yang masih aktif membuat persembahan termasuk secara busking.

Edisi keempat itu turut menampilkan persembahan penghormatan buat Rusli Musif atau Olie daripada kumpulan Heavy Machine, yang mengalami strok.

Kumpulan Freedom pula akan bergabung semula dengan penulis lagu Mulanya Di Sini, Royston Sta Maria, yang pulang dari Perth, Australia.

MfM menyasarkan kutipan minimum RM100,000 untuk bantuan perubatan, bengkel generasi muda, festival muzik kecil dan platform persembahan sepanjang tahun.

Persatuan itu mempunyai kira-kira 800 ahli, termasuk pemuzik veteran, pemuzik persembahan malam dan busker.

Acara di Kelab Golf Negara Subang (KGNS) bermula 4 petang itu turut menampilkan beberapa kumpulan dan pemuzik, termasuk Datuk Francissca Peter yang membuat persembahan secara sukarela.

Penganjur menyasarkan 400 penonton, dengan tiket individu berharga RM105 dan satu meja untuk 10 orang berharga RM1,050; tiket boleh dibeli menerusi https://www.ticket2u.com.my/event/51726/mfm-benefit-2026-rocking-for-a-cause

BERITA LAIN

NIDJI bawa mesej perpaduan

Kumpulan muzik rock alternatif Indonesia, Nidji, mahu menjadikan pentas muzik sebagai ruang untuk menyebarkan mesej positif bagi meredakan ketegangan dan perselisihan faham antara rakyat Malaysia

BERITA TERBARU