ARTIKEL

Penafian DAP terhadap pembatalan projek pembangunan Sarawak mengecewakan – Fazzrudin

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

FAZZRUDIN ABDUL RAHMAN

KUCHING: Pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak Chong Chieng Jen bagaikan seorang yang sangat pelupa atau berpura-pura lupa terhadap tindakan Pakatan Harapan (PH) sepanjang memimpin 22 bulan yang lalu.

Ketua Setiausaha Politik Premier Fazzrudin Abdul Rahman berkata sedemikian menempelak pertanyaan Chong terhadap GPS untuk menamakan projek dibiayai kerajaan persekutuan PH yang dibatalkan.

Tegasnya, amat mengecewakan dan menyedihkan apabila melihat DAP dan PH terpaksa menafikan kepada rakyat Sarawak berhubung perkara tersebut untuk memancing undi mereka pada Pilihan Raya Umum ke-15.

“Chong sama ada sangat lupa atau berpura-pura lupa bahawa PH membatalkan projek di Sarawak sejurus selepas mengambil alih kuasa.

“Hakikatnya, banyak projek pembangunan dibatalkan di Sarawak, malah telah diteruskan oleh kerajaan negeri,” ujar Adun Tupong itu.

Menurut Fazzrudin, Chong sendiri dalam tempoh empat tahun lepas mengakui bahawa projek-projek ini telah dibatalkan dan cuba mengubahnya, melabelkan projek infrastruktur yang sangat diperlukan ini sebagai ‘projek udara panas’ pada 2018.

Tambah beliau lagi, Pada tahun 2019, beliau bukan sahaja sekali lagi mengakui bahawa projek-projek ini dibatalkan tetapi beliau telah menghina rakyat Sarawak, memberitahu mereka supaya tidak menjadi ‘cry baby’ terhadap projek-projek yang dibatalkan ini.

Beliau berkata alasan Chong ketika itu ialah pemotongan bajet untuk beberapa projek adalah perlu untuk menyelamatkan negara daripada muflis.

“Bagi rakyat Sarawak, kami tidak memaafkan atau melupakan DAP dan PH atas layanan keras mereka kepada Sarawak, walaupun penafian mereka,” tambah Fazzrudin lagi.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU