Banjir kilat di sekitar Bandar Raya Kuching

Penagih dadah mengamuk minta duit bapa, didenda RM1,500

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email

KUCHING: Seorang penganggur lelaki didenda RM1,500 atau sebulan penjara oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini, kerana sengaja merosakkan harta benda dengan memecahkan pinggan mangkuk dan merosakkan dinding rumah bapanya gara-gara tidak diberikan wang yang diminta.

Majistret Zubaidah Sharkawi menjatuhkan hukuman terhadap Nelson Jugah, 32, selepas mengaku bersalah atas satu pertuduhan yang dibacakan jurubahasa dihadapannya.

Mengikut pertuduhan, dia sengaja merosakkan harta benda milik mangsa berusia 63 tahun hingga menyebabkan kerugian RM3,000 di kediaman mereka di Taman Desa Wira, Jalan Batu Kawa, kira-kira jam 10 pagi, 12 Februari lalu.

Oleh itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Menurut fakta kes, semasa kejadian, tertuduh meminta wang secara paksa dan disyaki berada di bawah pengaruh dadah.

Bimbang dengan kejadian yang sering berlaku, pengadu tampil membuat laporan polis untuk tindakan dan siasatan lanjut terhadap anaknya.

Pegawai Pendakwa ASP Rogayah Rosli memohon agar tertuduh dikenakan hukuman setimpal sebagai pengajaran.

E-Paper

19 Mac 2023

Latest News