ARTIKEL

Penaiktarafan dan pembinaan lima jalan perhubungan baharu kurangkan isu kesesakan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Lima jalan perhubungan baharu serta penaiktarafan jalan di Sibu dijangka dapat mengurangkan isu kesesakan jalan raya kata Chieng Jin Ek.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Assek itu berkata, ia merupakan satu inisiatif yang baik ekoran berlaku peningkatan dari segi jumlah kenderaan setiap tahun.

Menurutnya lagi, kesesakan lalu lintas di sini menjadi isu yang serius, justeru pembinaan jalan baharu perlu dilaksanakan dengan segera.

“Saya gembira kerana Kerajaan Sarawak telah berjanji untuk membina tiga jalan perhubungan baharu dan menaik taraf dua jalan di Sibu, yang akan dimasukkan dalam Rancangan Malaysia Ke-12.

“Ini termasuk pembinaan jalan perhubungan baharu dari Bulatan Aman ke Jalan Tunku Abdul Rahman; Ulu Sungai Merah ke Jalan Tunku Abdul Rahman dan Jalan Teku; Teku Pasai Siong ke Kemuyang.

“Diikuti penaiktarafan Jalan Ulu Oya dari persimpangan trafik Jalan Tong Sang/Jalan Wong King Huo ke persimpangan trafik Jalan Pahlawan; dan menaik taraf Jalan Kong Yit Khim yang asalnya satu laluan kepada dua laluan (Fasa 1),” katanya ketika Perbahasan Usul Penghargaan Atas Ucapan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak, di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, di sini, hari ini.

Tambahnya, rakyat sudah menantikan pelaksanaan tersebut dengan harapan dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas yang serius di sini.

Untuk berita terperinci, sila langgani e-paper atau akhbar Suara Sarawak di pasaran.

BERITA LAIN

Penganjuran Samarahan Family Fun Run promosikan ART

KOTA SAMARAHAN: Dalam usaha mempromosikan Transit Aliran Automasi (ART), acara ‘Samarahan Family Fun Run 2024’ bakal dianjurkan bagi memberikan kesedaran kepada orang ramai menggunakan perkhidmatan

BERITA TERBARU

Penganjuran Samarahan Family Fun Run promosikan ART

KOTA SAMARAHAN: Dalam usaha mempromosikan Transit Aliran Automasi (ART), acara ‘Samarahan Family Fun Run 2024’ bakal dianjurkan bagi memberikan kesedaran kepada orang ramai menggunakan perkhidmatan