ARTIKEL

Penambahbaikan Waktu Bekerja, Elaun Lebih Masa – KPPA

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PUTRAJAYA: Kerajaan melaksanakan beberapa penambahbaikan berkaitan waktu bekerja dan tuntutan elaun lebih masa susulan pelaksanaan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) yang berkuat kuasa mulai 1 Dis 2024.

Menerusi penambahbaikan kepada Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia Ceraian SR.4.3.1 dan SR.4.4.1, jumlah jam bekerja seminggu bagi pegawai di bawah kategori Waktu Bekerja Bukan Pejabat (WBBP) dikurangkan satu jam kepada 45 jam seminggu termasuk waktu rehat, selaras dengan Waktu Bekerja Pejabat.

Arahan itu dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz, melalui surat pekeliling bertarikh 18 Dis, yang dikongsikan menerusi Facebook Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) hari ini. 

Surat pekeliling berkenaan dihantar kepada perkhidmatan awam negeri, pihak berkuasa berkanun dan pihak berkuasa tempatan.

“Sebagai panduan kepada kementerian/ jabatan/ agensi, satu Garis Panduan Pelaksanaan Tuntutan Elaun Lebih Masa telah disediakan dan dijadikan lampiran kepada Ceraian SR.4.3.1, manakala Ceraian SR.4.4.1 dipinda sesuai dengan penambahbaikan yang dilaksanakan pada Ceraian SR.4.3.1,” katanya dalam pekeliling itu. 

Beliau berkata pegawai WBBP turut diberikan fleksibiliti dalam pengiraan tempoh bekerja apabila jumlah 45 jam seminggu boleh dipenuhi secara purata bagi empat minggu berturutan sekiranya jam bekerja bagi sesuatu minggu kurang daripada tempoh ditetapkan.

“Bagi pegawai yang bekerja melebihi 45 jam seminggu atau 45 jam purata empat minggu berturutan, pegawai layak menerima Elaun Lebih Masa mengikut syarat dan kadar yang ditetapkan,” katanya.

Beliau berkata pengiraan 45 jam boleh dibuat secara purata bagi empat minggu berturutan untuk tujuan memenuhi syarat 45 jam waktu bekerja. – BERNAMA

BERITA LAIN

RM545 juta perkukuh Internet di Sarawak

KUCHING: Sebanyak RM545 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan fasa pertama Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2 di Sarawak, melibatkan hampir 350 lokasi di seluruh negeri. Menteri Komunikasi

BERITA TERBARU

Taman Kenyalang ngеna konsep moden

KUCHING: Datuk Bandar Kuching Selatan, Dato Wee Hong Seng nerima penuemai basa ari diligit Chung Yuan Christian University (CYCU), Taoyuan, Taiwan, ti bejuraika asil tungkap

Standard teknikal nyamin pemujur servis

CYBERJAYA: Komiti Besai Komunikasyen enggau Multimedia Malaysia (MCMC) negap pemansang standard teknikal nentuka servis begunа baka komunikasyen, bekal kuasa karan enggau ai ulih beoperasyen likun,