BUKAN persembahan atau lagu baharu, tetapi penampilan fizikal Taemin daripada kumpulan popular SHINee yang menjadi bualan hangat orang ramai minggu ini.
Beberapa foto tular di media sosial menunjukkan penyanyi berusia 31 tahun itu mengenakan busana serba hitam ketat sehingga menonjolkan bentuk perutnya.
Momen tersebut pantas mencetuskan pelbagai reaksi orang ramai; ada yang melihatnya sebagai perubahan ketara, manakala yang lain menganggapnya sekadar kesan sudut kamera dan pencahayaan.
Peminatnya turut memperhatikan gerak-geri Taemin yang beberapa kali dilihat meletakkan tangan di bahagian perut, seolah-olah cuba menutupnya.
Tindakan itu menambah lagi spekulasi dalam kalangan peminat.
Walaupun berdepan komen bercampur-baur, sebahagian peminat tampil mempertahankannya dan mengingatkan bahawa perubahan fizikal adalah perkara normal bagi semua orang.
Sehingga kini, Taemin tidak mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai isu tersebut dan terus menjalani aktivitinya seperti biasa.
Selepas lebih sedekad dalam industri hiburan Korea Selatan, Taemin kekal antara ahli SHINee yang aktif, terkenal dengan persembahan bertenaga, imej karismatik dan komitmen tinggi terhadap kerjaya seninya.






