ARTIKEL

Kredit : FB Kesultanan Pahang

Penantian 15 tahun berakhir

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUANTAN: Penantian selama 15 tahun sepasang suami isteri untuk mendapatkan cahaya mata berakhir apabila bayi sulung hasil rawatan persenyawaan tabung uji (IVF) tajaan Yayasan Fertiliti Tunku Azizah (TAFF) selamat dilahirkan pada Jumaat lepas. 

Kesultanan Pahang menerusi hantaran Facebook hari ini memaklumkan, pasangan Abdul Aziz Abd Halim dan isterinya Noor Hamira Mohd Sani dikurniakan bayi lelaki seberat 2.97 kilogram yang diberi nama Mikhael dan dilahirkan dalam keadaan sihat.

“Kegembiraan sama turut dikongsi Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang berkenan berangkat melawat ibu dan bayi di Hospital Selayang, semalam,” menurut hantaran itu. 

Hantaran itu memaklumkan, Tunku Azizah kelihatan begitu ceria meluangkan masa bertemu Mikhael yang juga bayi ke-150, yang dilahirkan sejak TAFF ditubuhkan pada 2004. 

“Untuk rekod, TAFF yang diasaskan atas inisiatif Tengku Ampuan Pahang telah menaja rawatan kesuburan kepada 553 pasangan suami isteri di seluruh negara, yang berdepan kesukaran mendapatkan cahaya mata,” menurut hantaran itu. — BERNAMA 

BERITA LAIN

RM545 juta perkukuh Internet di Sarawak

KUCHING: Sebanyak RM545 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan fasa pertama Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2 di Sarawak, melibatkan hampir 350 lokasi di seluruh negeri. Menteri Komunikasi

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha