ARTIKEL

Penantian sudah berakhir

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

TAMIN: Adun Tamin Christopher Gira Sambang menyifatkan kejayaan Unimas melalui projek sistem penapisan air ultra yang dihasilkan merupakan projek dinantikan warga SMK Ulu Balingian kerana dapat menyelesaikan masalah bekalan air bersih di sana.

Katanya, ia merupakan projek perintis untuk kawasan yang tidak dapat dibekalkan dengan air terawat dari loji penapisan yang ada disebabkan jarak terlalu jauh.

“Terbukti sistem bekalan air terawat dan berjaya ini, ia dapat membekalkan air ke kawasan pedalaman. Ini juga berita baik kepada sekolah di kawasan pedalaman lain di Sarawak,” katanya ketika dihubungi Suara Sarawak.

Justeru beliau berharap Kerajaan Persekutuan mahupun Kerajaan Sarawak dapat menyediakan dana untuk sistem
bekalan air terawat yang serupa terutamanya di kawasan Dun Tamin kini.

“Kini menjadi harapan saya agar kegiatan harian di SMK Ulu Balingian ini akan berjalan dengan lancar.

Dengan adanya kemudahan air terawat ini, penantian mereka kini berakhir,” ujarnya lagi. Katanya, pada masa sekarang penduduk di sini mendapat air terawat daripada tiga punca utama – Lembaga Air Sibu yang membekalkan air untuk penduduk Pasai Siong dan Jalan Oya termasuk Kampung Sebintek.

“Kedua ialah Loji Air Pekan Stapang yang membekalkan air terawat kepada penduduk kawasan Pekan Stapang dan Skim Sekuau.

“Manakala yang ketiga Loji Air Selangau yang membekalkan air terawat peduduk di pekan
Selangau, Jalan Dijih dan Kilang Arang batu di Bukut, Mukah,” jelasnya.

Christopher turut menjelaskan, untuk Loji Air Stapang peruntukan Kerajaan Persekutuan diluluskan untuk menaik taraf kapasiti loji dan penyambung paip dengan kos RM128 juta dan kini dalam proses tender.

“Siapnya projek ini nanti, ia juga memberi manfaat kepada penduduk di kawasan Jalan Nangga Tajam, Ulu Pakoh, Batu 36 dan Jalan Kua.

“Bagi Loji Air Selangau, peruntukan sudah diluluskan oleh Kerajaan Sarawak sebanyak RM30 juta untuk menaik taraf kapasiti loji air Selangau.

“Dengan bertambahnya kapasiti penapisan loji ini, ia memudahkan penduduk di sepanjang Jalan Selangau sampai ke Pekan Arip menerima air bersih,” katanya lagi.

BERITA LAIN

Sarawak teliti cadangan STOLport di Apau Koden

KUCHING: Cadangan pembinaan lapangan terbang pendek (STOLport) di Apau Koden akan diteliti bagi meningkatkan perhubungan udara untuk 27 kampung masyarakat Kenyah dan Penan di kawasan

Johnny gesa tambah baik penerbangan dari Bintulu

KUCHING: Kekerapan dan jadual penerbangan dari Bintulu ke Kuching, Kuala Lumpur serta Kota Kinabalu perlu ditambah baik bagi memenuhi peningkatan permintaan susulan perkembangan industri, perniagaan

BERITA TERBARU

Sarawak teliti cadangan STOLport di Apau Koden

KUCHING: Cadangan pembinaan lapangan terbang pendek (STOLport) di Apau Koden akan diteliti bagi meningkatkan perhubungan udara untuk 27 kampung masyarakat Kenyah dan Penan di kawasan

Hamzah cadang subsidi lesen memandu untuk B40

KUCHING: Kos mendapatkan lesen memandu yang membebankan golongan berpendapatan rendah mendorong Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Stakan, Datuk Hamzah Brahim, mencadangkan skim subsidi bagi membantu