ARTIKEL

Dion Das merangkul dua pingat emas Kejohanan Seni Persembahan Dunia Ke-27 (WCOPA 2024) (Foto oleh UKAS)

Penari cilik Sarawak cipta sejarah, raih dua pingat emas di Amerika Syarikat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Dion Das Louis, atau lebih dikenali sebagai ‘Little Borneo Birdie’, mencipta sejarah dan mengharumkan nama Sarawak di persada dunia dengan meraih dua pingat emas dalam Kejohanan Seni Persembahan Dunia Ke-27 (WCOPA 2024) di Long Beach, California, Amerika Syarikat (AS).

Kejayaan ini satu pencapaian luar biasa bagi penari cilik berusia lapan tahun itu, apabila berjaya menggondol dua pingat emas dalam Tarian Etnik dan Photo Shoot Model bagi kategori Junior.

Persembahan tarian kontemporari ngajat bertemakan ‘Burung Sarawak Kecil’ diilhamkan daripada Burung Ruai dan Burung Kenyalang yang melambangkan Sarawak.

Dalam pada itu, Dion turut memenangi pingat perak bagi kategori Formal Model dan Casual Model di bawah bahagian Junior.

Dion dan 11 peserta lain dari Malaysia juga meraih gelaran Pemenang Bahagian dalam WCOPA yang diibaratkan sebagai ‘Olimpik’ dalam dunia seni persembahan. WCOPA 2024 berlangsung dari 1 hingga 5 Julai lepas.

Sebelum ini, Dion terpilih ke WCOPA 2024 selepas memenangi pingat emas dalam Kejohanan Seni Persembahan Malaysia 2024 di Kuala Lumpur pada 27 Januari lepas.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha