ARTIKEL

Len Talif ditemui pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitrinya.

Pencalonan akhir Taman Negara Niah sebagai Tapak Warisan UNESCO di New Delhi pada Julai

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Pencalonan akhir Taman Negara Niah sebagai tapak warisan dunia oleh Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) bakal dikemukakan di New Dehli, India, Julai depan.

Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datuk Len Talif Salleh, berkata New Delhi merupakan tempat pemilihan terakhir yang melibatkan 50 pencalonan dari seluruh dunia.

“Pencalonan akhir itu untuk melayakkan disenarai di bawah Tapak Warisan Dunia UNESCO.

“Kita tidak membuat jaminan tetapi mengikut perkembangan-perkembangan yang telah dilihat dan juga tindakan yang diambil untuk memudahkan pencalonan ini, insya Allah jalannya cerahlah untuk mendapat pengiktirafan dunia nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitrinya di Demak Jaya, hari ini.

Tambahnya, pencalonan taman negara itu di Paris merupakan langkah kedua akhir.

Menurutnya, mesyuarat di Paris merupakan salah satu daripada mesyuarat awal bagi Jawatankuasa Eksekutif yang terdiri daripada 50 buah negara UNESCO.

Sebelum ini, media melaporkan Taman Negara Niah dijangka akan diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO sebelum penghujung tahun 2024.

Peringkat tinjauan terakhir bagi pengiktirafan Taman Negara Niah sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO telah selesai pada November tahun lepas.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah, berkata akreditasi itu dijangka akan meningkatkan lagi kedatangan pelancong ke Miri.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha