ARTIKEL

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI)

Pencalonan Saintis Muda Negara 2025 dibuka

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PUTRAJAYA: Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) terus komited mengiktiraf sumbangan dan kecemerlangan saintis muda dalam bidang penyelidikan dan pembangunan (R&D) Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) menerusi penganjuran Anugerah Saintis Muda Negara (ASMN) 2025.

Menurut kenyataan MOSTI hari ini, pendaftaran pencalonan ASMN 2025 kini dibuka hingga 29 Ogos, sekali gus menjadi platform penting untuk menyerlahkan potensi dan kreativiti saintis muda tanah air.

Pencalonan terbuka kepada saintis warganegara Malaysia berumur bawah 40 tahun pada tahun pertandingan, dan calon perlu menjalankan projek R&D di pusat penyelidikan atau institusi pengajian awam dan swasta di Malaysia.

“Pencalonan perlu relevan serta mempunyai sumbangan signifikan kepada pembangunan dan kemajuan industri, masyarakat atau negara. Calon juga perlu berketerampilan serta memiliki daya kreativiti, inovasi dan kompetensi sebagai penyelidik berkaliber,” menurut kenyataan itu.

MOSTI turut memaklumkan bahawa kriteria pencalonan tahun ini disemak semula agar selaras dengan perubahan dan keperluan semasa, selain menarik lebih banyak penyertaan daripada institusi penyelidikan dan syarikat swasta yang menjalankan R&D dalam bidang STI.

Setiap kategori anugerah akan menerima hadiah wang tunai RM20,000 seorang, plak, sijil dan geran dana penyelidikan MOSTI sehingga RM1 juta, tertakluk kepada terma dan syarat Jawatankuasa Dana MOSTI.

“Inisiatif penganjuran dan pengiktirafan Anugerah Saintis Muda Negara ini merupakan langkah strategik dalam mempersiapkan negara menghadapi cabaran masa depan. Anugerah ini memberi ruang untuk mengetengahkan hasil penyelidikan berpotensi tinggi dalam menyelesaikan isu dan keperluan kehidupan harian rakyat,” menurut kenyataan itu.

ASMN yang diperkenalkan sejak 1985 memainkan peranan penting dalam memastikan Malaysia terus melahirkan saintis muda yang berdaya cipta, inovatif dan mampu menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara.

“Anugerah ini adalah manifestasi komitmen MOSTI dalam merealisasikan slogan ‘Merakyatkan Sains, Menginsankan Teknologi dan Mengarusperdanakan Inovasi’. Inisiatif ini juga menjadi motivasi berterusan kepada saintis muda untuk terus mencipta, menyumbang dan memimpin perubahan teknologi negara,” tambah kenyataan itu.

Pada tahun lalu, lima kategori baharu ASMN diperkenalkan dengan 45 pencalonan layak dinilai, termasuk dua dalam bidang fizik, masing-masing lapan dalam bidang kimia dan biologi, 10 dalam bidang perubatan serta 17 pencalonan dalam bidang kejuruteraan. — BERNAMA

BERITA LAIN

RM1.272 bilion perkukuh bekalan air di Sarawak

KUCHING: Enam projek bekalan air di Sarawak bernilai keseluruhan RM1.272 bilion akan diteruskan menerusi Pelan Pelaksanaan Berkala Pertama Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi meningkatkan akses

BERITA TERBARU

RM1.272 bilion perkukuh bekalan air di Sarawak

KUCHING: Enam projek bekalan air di Sarawak bernilai keseluruhan RM1.272 bilion akan diteruskan menerusi Pelan Pelaksanaan Berkala Pertama Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi meningkatkan akses

Polis tahan empat suspek kes khianat simbah cat

MIRI: Gara-gara tuntutan hutang pinjaman wang dalam talian yang dipercayai dibuat oleh anak lelakinya, seorang bapa berusia 54 tahun menerima ugutan sebelum kediamannya di sebuah