ARTIKEL

Penduduk kampung turut terlibat dalam operasi SAR Maxwell Laing Michael yang hilang ketika mandi di Sungai Baram, Kampung Long Lama. - Gambar Bomba Sarawak

Pencarian Maxwell Laing Disambung Semula Esok

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MIRI: Pencarian hari kedua Maxwell Laing Michael yang hilang ketika mandi di Sungai Baram, Kampung Long Lama masih gagal menjumpai mangsa.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, susulan itu operasi hari ini ditangguhkan sementara dan akan disambung semula esok pagi.

“Operasi mencari dan menyelamat (SAR) hari ini dimulakan dengan menggunakan lima buah bot milik penduduk kampung dan sebuah bot PDRM, melibatkan seramai 30 orang penduduk kampung, tiga anggota PDRM dan tiga anggota bomba dengan radius pencarian sejauh lima kilometer, namun tiada sebarang petunjuk atau tanda-tanda mangsa ditemukan.

“Operasi ditangguhkan pada 5 petang dan akan disambung semula esok. Pasukan SAR akan bermalam di Kampung Daleh Long Pelutan,” katanya dalam kenyataan.

Terdahulu, katanya mangsa yang berusia 37 tahun dilaporkan mandi di Sungai Baram, Kampung Long Lama kira-kira 3.30 petang, 6 Jun lalu.

“Mangsa dikatakan berenang ke tengah sungai dan apabila sampai di tengah sungai, dia tenggelam sambil tangan terkapai-kapai dan terus tenggelam,” katanya.

Tambahnya, kejadian pada masa itu turut disaksikan isteri dan anak mangsa, termasuk 15 orang lagi penduduk kampung Long Miri.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha