ARTIKEL

Pencarian mayat terakhir diteruskan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

LAWAS: Pencarian mayat terakhir diteruskan memandangkan pengecaman ahli keluarga terhadap penemuan mayat ketiga yang dijumpai semalam dilaporkan ‘negatif’.

Menurut Ketua Polis Daerah Lawas DSP Roslan Leman, ahli keluarga mangsa hilang telah membuat pengecaman sebanyak tiga kali pada pagi ini namun disahkan negatif dan operasi pencarian diteruskan pada jam 1.40 tengah hari tadi.

“Pengecaman dilakukan tadi pagi di Hospital Besar Lawas oleh keluarga mangsa namun disahkan bukan ahli keluarga mereka,” katanya dalam satu kenyataan.

Pasukan Gerakan Operasi Bomba Sarawak dalam satu kenyataan berkata, usaha mencari serta menyelamat diteruskan semula bagi mengesan mangsa yang masih hilang.

Pencarian turut disertai Unit Udara Bomba Miri menggunakan Helikopter MI 171 dan akan membuat take off sekiranya cuaca dalam keadaan baik memandangkan di lokasi masih jerebu dan juga penglihatan adalah terhad.

Mangsa yang masih belum ditemui adalah Mohamad Amirul Bakar, 26, merupakan seorang Pembantu Penguatkuasa Kastam Lawas.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

Ultras Bluewave bawa sorakan Hong Kong ke Kuching

KUCHING: Demi menyokong pasukan kesayangan, kira-kira 40 penyokong tegar Kitchee SC sanggup merentas lautan dari Hong Kong ke Kuching bagi menyaksikan aksi Liga Juara-Juara Asia

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan