ARTIKEL

Pencarian waris buku Biro Kesusasteraan Borneo

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Cawangan Sarawak sedang melaksanakan penerbitan semula buku-buku terbitan Biro Kesusasteraan Borneo.

Usaha ini bagi memastikan kelangsungan pemeliharaan, pendokumentasian dan pelestarian bahan khazanah sastera rakyat Sarawak.

Sebagai permulaan, sebanyak lima buku cerita rakyat dalam bahasa Iban sedang diterjemahkan ke bahasa Melayu iaitu buku berjudul buku Dilah Tanah ditulis oleh Andria Ejau, buku Keling Nyumpit ditulis oleh George Jenang, buku Pong-Kapong ditulis oleh Kadir Umbat, buku Adi Pau ditulis oleh Dunstan Entingi dan buku Jengkuan-Taju Ramaung ditulis oleh Joseph Achek.

Sehubungan dengan itu, DBP Cawangan Sarawak berusaha untuk mengesan waris kepada penulis buku-buku tersebut bagi melancarkan proses penerbitan semula buku-buku terbitan Biro Kusanateraan Borneo.

Usaha mengesan waris bukan sekadar urusan perundangan, tetapi satu tanggungjawab moral untuk memelihara amanah intelektual para penulis terdahulu.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan penulis buku tersebut atau yang mengenali waris kepada penulis buku, agar dapat menghubungi pihak kami melalui talian 082-227000 atau e-mel stephanie@dbp.gov.my atau jhayssy@dbp.gov.my

BERITA LAIN

Larian pesisir pacu ekonomi setempat

PROGRAM Larian Pesisir (Coastal) Sadong Jaya 2026 yang diadakan baru-baru ini dilihat mempunyai keistimewaan tersendiri. Program itu bukan sahaja menjadi aktiviti riadah yang menggalakkan amalan

Sarawak menanti kehadiran MPL

SEDEKAD bukan tempoh yang singkat, apatah lagi bagi sebuah permainan mudah alih yang berjaya bertahan, berkembang dan membina komuniti peminat merentas generasi. Bagi saya, Mobile

BERITA TERBARU