ARTIKEL

gambar hiasan freepik.com

Pencuri tegar dihukum penjara

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seorang lelaki sekali lagi dikenakan hukuman penjara oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini, kerana mencuri enam paket daging kambing segar dan sebotol sos barbeku milik sebuah pasar raya 24 jam pada Mac lepas.

Majistret Mason Jaro lenya Barayan menjatuhkan hukuman penjara empat bulan sebaik sahaja mendengar pengakuan bersalah Christopher Lee Chun Lung, 36, dari Sematan itu atas pertuduhan di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan, hendaklah dipenjara tidak melebihi 10 tahun, dan boleh dikenakan denda atau untuk kesalahan kedua dan seterusnya hendaklah dipenjara dan denda atau sebatan.

Difahamkan, tertuduh mempunyai empat rekod lampau melibatkan kes curi dan satu kes khianat harta benda.

Berdasarkan fakta kes, pada hari kejadian, pengadu merupakan pekerja pasar raya tersebut menahan seorang lelaki di luar kaunter kerana mengambil barang tanpa membuat sebarang pembayaran.

Barang-barang yang diambil tertuduh ialah enam paket daging kambing berharga RM136.37 dan sebotol sos barbeku jenama Heinz berharga RM16.90.

Pengadu kemudian menyerahkan tertuduh kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha