ARTIKEL

Pendaftaran kemasukan kanak-kanak Tahun Satu bermula 2 Mei

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Pendaftaran kemasukan kanak-kanak Tahun Satu bagi kalendar akademik sesi 2024/2025 bermula pada 2 Mei hingga 30 Jun ini.

Kementerian Pendidikan (KPM) menerusi hantaran di Facebook hari ini memaklumkan pendaftaran secara dalam talian itu boleh dibuat melalui Modul Pengurusan Awam Sistem Bersepadu KPM (MOEIS) di laman sesawang https://idme.moe.gov.my.

Menurut hantaran itu, kanak-kanak yang layak memohon adalah warga Malaysia yang lahir dari 2 Jan 2017 hingga 1 Jan 2018.

Langkah-langkah pendaftaran turut dikongsikan dalam hantaran tersebut. — BERNAMA

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Jerebu: 45 kawasan catat IPU sederhana

KUALA LUMPUR: Kualiti udara di 45 kawasan seluruh negara berada pada tahap sederhana berdasarkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pagi ini. Menurut portal Sistem Pengurusan