ARTIKEL

CEDERA…. Mangsa mengalami kecederaan serius akibat terjatuh semasa mendaki di Gunung Api, hari ini.

Pendaki warga emas cedera selepas terjatuh di Gunung Api

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MULU: Seorang lelaki warga emas mengalami kecederaan serius, pendarahan di bahagian kepala selepas terjatuh semasa perjalanan balik ke Kem 5, di sini, hari ini.

Menurut Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian kira-kira jam 12.48 tengah hari.

“Mangsa, 76, dijumpai oleh pemandu pelancong dalam jarak 500 meter dari Kem 5.

“Pasukan MOSCAR dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Marudi telah dikerahkan ke lokasi setelah menerima laporan mangsa yang terjatuh dan kepala mangsa luka terkena batu tajam di Mini Pinacle,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Ujarnya, Pasukan MOCSAR bergegas ke lokasi dan memberi bantuan awal dengan memasang ‘Cervical Collar’, membuat balutan di kepala untuk menghentikan pendarahan di kepala mangsa.

PGO Sarawak kemudian memohon bantuan unit udara untuk mengambil mangsa di lokasi tersebut untuk dihantar ke hospital memandangkan mangsa dalam keadaan sedar namun mengalami kecederaan serius – pendarahan di bahagian kepala.

Tambahnya, mangsa telah dihantar ke Hospital Miri menggunakan pengangkutan udara daripada syarikat Layang-Layang Sdn. Bhd. bersama pasukan perubatan dari Hospital Miri.

Perjalanan dari HQ Taman Negara Mulu ke Kem 5 mengambil masa lebih kurang empat hingga lima jam berjalan kaki.

BERITA LAIN

Anak Sarawak sumbang Rolls-Royce antik kepada Muzium

KUCHING: Seorang anak Sarawak berhasrat menyumbangkan kereta Rolls-Royce antik miliknya kepada Muzium Sarawak bagi membantu memelihara warisan sejarah dan kebudayaan negeri ini. Cadangan itu bertujuan

BERITA TERBARU

Anak Sarawak sumbang Rolls-Royce antik kepada Muzium

KUCHING: Seorang anak Sarawak berhasrat menyumbangkan kereta Rolls-Royce antik miliknya kepada Muzium Sarawak bagi membantu memelihara warisan sejarah dan kebudayaan negeri ini. Cadangan itu bertujuan

SAREX26 dijangka lepasi sasaran 800 peserta

KUCHING: Ekspo E-Sukan Sarawak 2026 (SAREX26) dijangka melepasi sasaran penyertaan 800 peserta apabila 600 orang sudah mengesahkan penyertaan menjelang penganjurannya pada 13 hingga 15 November