ARTIKEL

Pendedahan awal ilmu pertolongan kecemasan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SERAMAI 200 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Haji Othman Abdul Wahab (SHOAW) telah menyertai Program Pengenalan Kemahiran Pertolongan Cemas sempena Karnival STEM yang berlangsung meriah baru-baru ini.

Program ini dianjurkan hasil kerjasama IKRAM Health dan Pasukan Tindak Balas dan Bantuan Persatuan Perubatan Islam (IMARET), dengan sokongan daripada Pejabat Kesihatan Bahagian (PKB) Kuching yang turut meminjamkan peralatan  pertolongan cemas untuk kegunaan aktiviti.

Seramai 10 sukarelawan perubatan terlibat dalam menjayakan program ini.

Antara aktiviti utama ialah demonstrasi dan latihan praktikal teknik Resusitasi Kardiopulmonari (CPR) bagi membantu mangsa dewasa yang tiba-tiba tidak sedarkan diri. Latihan ini menekankan konsep 5T yang mudah diingati, iaitu Tengok, Tegur, Telefon/Teriak, Teliti dan Tekan.

Selain itu, peserta juga diberi pendedahan mengenai teknik menyelamatkan mangsa tercekik (tersedak) menggunakan kaedah Heimlich Maneuver, melibatkan situasi dewasa dan kanak-kanak.

Aktiviti ini mendapat perhatian ramai kerana melibatkan simulasi secara langsung dan interaktif.

Pelajar turut diberikan penerangan tentang penjagaan gigi yang betul serta keselamatan dalam pengambilan ubat-ubatan, terutamanya bagi pelajar yang sering mengalami sakit ringan dan terbiasa mengambil ubat tanpa pengawasan.

Pihak SHOAW dan para peserta melahirkan rasa terima kasih atas usaha murni yang dilaksanakan, serta berharap program seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang demi melahirkan generasi celik kesihatan dan keselamatan.

BERITA LAIN

PENTAS SI CILIK serlah potensi diri

Pertandingan Putra Putri Cilik 2026 Edisi Karlas menjadi medan mencungkil bakat kanak-kanak dan remaja, di samping membina keyakinan diri, memupuk keberanian serta menyemai nilai keprihatinan

Tiga kursus buka perspektif baharu

PADA 6 dan 7 Oktober lalu, saya menghadiri kursus AI for Admin, HR & Secretaries di sebuah hotel di pusat bandar raya Kuching. Kursus selama

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha