ARTIKEL

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) ketika hadir pada Fiesta Demi Merotai Harapan Urang Sabah di Dewan Terbuka Merotai Besar malam tadi. | Bernama

Pendekatan politik perbalahan antara kaum tidak manfaatkan rakyat – PM Anwar

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

TAWAU: Pendekatan politik berasaskan sentimen perkauman serta pertelagahan antara kaum dan etnik tidak akan membawa sebarang manfaat kepada rakyat dan negara, tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sehubungan dengan itu, Perdana Menteri berkata beliau komited untuk terus mengangkat integriti, tadbir urus baik dan kepentingan rakyat sebagai keutamaan.

Anwar berkata beliau tidak memilih gaya politik yang menimbulkan permusuhan antara kelompok tertentu, sebaliknya menekankan keperluan membina perpaduan demi masa depan negara.

“Saya tidak kempen seperti orang lain yang Bugis marah Melayu, yang Melayu marah Cina, yang Sabah marah Semenanjung, saya tak mahu itu semua,” kata beliau berucap pada Fiesta Demi Merotai Harapan Urang Sabah di Dewan Terbuka Merotai di sini malam ini.

Anwar berkata mana-mana individu yang bercita-cita menjadi wakil rakyat atau memimpin negeri dan negara perlu memastikan amanah rakyat dipelihara sepenuhnya kerana mereka akan sentiasa dinilai.

“Siapa mahu jadi wakil rakyat, siapa mahu perintah Sabah, siapa mahu perintah Malaysia mesti jaga amanah. Angkat martabat rakyat,” kata Anwar.

Beliau turut mengkritik segelintir pihak yang dilihat sanggup menabur janji semata-mata untuk merebut kuasa.

Anwar turut menolak tanggapan bahawa Sabah tidak mempunyai kekayaan untuk dibangunkan, sebaliknya menegaskan negeri itu mempunyai potensi besar sekiranya diurus dengan cekap dan telus.

Selain itu, Perdana Menteri berkata keamanan di Sabah yang terdiri daripada pelbagai etnik perlu dikekalkan kerana keharmonian antara pelbagai kaum dan etnik adalah asas kepada kestabilan serta kemajuan negara.

“Negeri ini mesti aman, mesti bekerjasama,” kata Perdana Menteri.

Untuk berita-berita terkini tentang PRN Sabah ke-17, sila layari https://prn.bernama.com/sabah/index.php. — Bernama

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha