ARTIKEL

Pendekatan rawatan rohani

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Judul: Perubatan Moden dan Ruqyah Syar’iyyah

Editor: Zul Azlin Razali dan Mohamed Hatta Shaharom

Penerbit: Dewan Bahasa dan Pustaka

Tahun terbit: 2024

Jumlah halaman: 272

Harga: RM45.00

Pengulas: Elessya anak Rima (Pelatih UNIMAS)

BUKU Perubatan Moden dan Ruqyah Syar‘iyyah mengupas secara mendalam hubungan erat antara rawatan moden dengan ruqyah yang berpandukan syariah.

Ruqyah Syar’iyyah atau al ruqyah al-shar‘iyyah bukan sekadar bacaan doa atau amalan ritual, tetapi merupakan pendekatan rawatan rohani yang menyeluruh merangkumi aspek jasmani, emosi, mental dan spiritual.

Pendekatan rawatan ini berlandaskan sumber utama Islam, iaitu al-Quran dan Sunnah Nabi Muhammad SAW yang menjadi panduan mutlak dalam memastikan segala bentuk rawatan bebas daripada unsur khurafat, tahyul dan kepercayaan yang boleh menjejaskan akidah.

Pemahaman yang tepat mengenai konsep rukyah menjadi asas penting agar dapat diaplikasikan secara berkesan dalam pelbagai konteks perubatan.

Penulis menolak pandangan sempit yang sering menyatakan bahawa ruqyah hanya dengan rawatan penyakit akibat gangguan makhluk halus atau perkara ghaib.

Ketidakfahaman ini telah menyebabkan ruqyah terpinggir daripada dunia perubatan moden, khususnya dalam bidang psikiatri.

Buku ini turut menjelaskan bahawa ruqyah sebenarnya mampu digabungkan dengan rawatan saintifi k sebagai satu bentuk terapi pelengkap.

Selagi perubatan moden tidak bercanggah dengan hukum syarak, dapat berfungsi sebagai alat yang melengkapi kaedah rawatan rohani.

Gabungan ini dapat menghasilkan rawatan yang lebih holistik, seimbang daripada segi fi zikal dan spiritual serta dapat memenuhi keperluan pesakit secara menyeluruh.

Buku ini banyak tertumpu kepada bidang psikiatri, iaitu cabang perubatan yang menguruskan kesihatan mental.

Penulis menekankan bahawa penyakit psikiatri sering berpunca daripada gabungan faktor biologi, psikologi, dan rohani. Justeru, rawatan yang hanya menekankan salah satu aspek tidak akan membawa pemulihan sepenuhnya.

Melalui ruqyah, pesakit berupaya mendapatkan ketenangan jiwa, mengurangkan keresahan serta menguatkan daya tahan spiritual.

Dalam masa yang sama, rawatan moden menyediakan sokongan saintifi k melalui ubat-ubatan, kaunseling dan intervensi klinikal bagi menangani simptom penyakit.

Buku ini juga membincangkan cabaran yang dihadapi dalam membezakan antara penyakit yang bersifat rohani mahupun bersifat psikologi.

Terdapat kes yang memerlukan rawatan klinikal sepenuhnya, malah ada kes yang sebahagian besarnya menerima dan menggunakan rawatan rohani.

Penulis menekankan perlunya penilaian profesional yang teliti agar pesakit menerima rawatan yang sesuai.

Perbincangan ini diperkukuh dengan contoh kes sebenar, rujukan kajian saintifi k dan pengalaman klinikal penulis yang banyak membantu pembaca memahami realiti di lapangan.

Keistimewaan buku ini terletak pada pendekatannya yang bersifat ilmiah dan praktikal serta tidak berbentuk kompilasi doa atau panduan ritual semata-mata, sebaliknya disusun untuk memberikan kefahaman menyeluruh dan merangsang pemikiran kritis.

Penulis menggabungkan warisan ilmu daripada tokoh perubatan Islam seperti Ibnu Sina dan Al Razi dengan hasil kajian kontemporari, menjadikan buku ini relevan dengan cabaran semasa.

Tradisi perubatan Islam dipersembahkan bukan hanya sebagai sejarah, tetapi sebagai asas yang boleh diadaptasi ke dalam sistem rawatan moden.

Latar belakang penulis yang terdiri daripada pakar perubatan, berpengalaman luas dan memberi kekuatan pada buku ini.

Sebahagian daripada mereka mempunyai pengalaman lebih tiga dekad dalam bidang masing-masing, berkhidmat di hospital awam dan swasta serta institusi akademik.

Selain memberi khidmat rawatan, mereka juga terlibat dalam melatih pelajar perubatan dan pegawai pelatih, khususnya dalam bidang psikiatri.

Perkongsian pengalaman lapangan dan panduan latihan yang dimuatkan dalam buku ini menjadi rujukan berguna bagi pengamal perubatan yang mahu mengintegrasikan ruqyah dalam amalan klinikal secara beretika.

Buku ini turut mengkritik salah faham tanggapan yang masih berakar dalam masyarakat.

Antaranya, kepercayaan bahawa semua penyakit mental berpunca daripada gangguan makhluk halus atau bahawa rawatan moden tidak diperlukan jika sudah menjalani ruqyah.

Penulis menolak tanggapan tersebut dengan hujah bahawa kedua-dua pendekatan rawatan saling melengkapi.

Masyarakat diseru agar bersikap terbuka terhadap integrasi ini, khususnya memandangkan kesedaran tentang kesihatan mental kini semakin meningkat.

Selain perbincangan secara teoritikal, buku ini turut menggariskan cadangan praktikal untuk institusi pengajian tinggi, pihak hospital dan pihak berkuasa agama.

Antaranya adalah mewujudkan polisi rasmi yang mengiktiraf ruqyah sebagai modul pelengkap dalam protokol rawatan psikiatri, mengadakan program kesedaran awam, menghapuskan stigma terhadap pesakit mental serta menyediakan latihan bersepadu kepada pengamal perubatan dan pengamal ruqyah.

Langkah-langkah ini dilihat sebagai strategi penting untuk mengangkat martabat perubatan Islam pada era moden.

Secara keseluruhannya, Judul: Perubatan Moden dan Ruqyah Syar’iyyah Editor: Zul Azlin Razali dan Mohamed Hatta Shaharom Penerbit: Dewan Bahasa dan Pustaka Tahun terbit: 2024 Jumlah halaman: 272 Harga: RM45.00 Pengulas: Elessya Rima (Pelatih UNIMAS) 29 Rabiulawal 1447H Pendekatan rawatan rohani buku Perubatan Moden dan Ruqyah Syar‘iyyah ialah sebuah karya yang menghubungkan dunia perubatan moden dengan prinsip rawatan Islam yang tulen.

Hal ini menunjukkan bahawa rawatan berkesan memerlukan gabungan ikhtiar duniawi melalui kaedah saintifi k dan pergantungan mutlak kepada Allah SWT melalui penguatan spiritual.

Pendekatan ini bukan sahaja sesuai untuk perawatan psikiatri, malah boleh diaplikasikan dalam pelbagai cabang perubatan lain bagi menghasilkan penyembuhan secara menyeluruh.

Dengan penyusunan yang kemas serta disokong oleh pengalaman luas penulis dan hujah yang mantap, buku ini menjadi sumber rujukan penting bukan sahaja untuk pengamal perubatan dan pelajar, tetapi juga untuk masyarakat.

Seterusnya dapat membuka ruang perbincangan yang sihat antara sains perubatan moden dan tradisi perubatan Islam dan akhirnya mengajak pembaca melihat kesihatan sebagai keseimbangan antara jasmani dan rohani demi mencapai kesembuhan sebaiknya.

BERITA LAIN

Berdamai dengan luka kehidupan

Tajuk: Catatan Hidup Seorang Perempuan yang Hampir Berputus Asa Penulis: Arlina Arshad Penerbit: IMAN Publication Jumlah halaman: 178 muka surat Catatan Hidup Seorang Perempuan yang

Bukan sekadar kisah cinta

Judul buku: Kita Cuma Kawan, Kan? Penulis: Auni Zainal Tahun terbit: 2024 Jumlah muka surat: 544 Harga: Rm34.00 Pengulas: Prisca Robin  Setebal 544 muka surat,

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha