ARTIKEL

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada Majlis Perasmian SPARK 2026: "Transformasi Niaga" di Pusat Pameran & Konvensyen IOI. -Foto BERNAMA

Pendekatan “Top Down” Tidak Memadai Untuk Bangunkan Usahawan Bumiputera – PM Anwar

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PUTRAJAYA:  Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyeru usahawan berjaya dijadikan mentor kepada syarikat dan usahawan baharu, kerana pengalaman sebenar mereka dalam dunia perniagaan lebih bermakna berbanding hanya bergantung pada pendekatan teori.

Beliau berkata pembangunan usahawan tidak seharusnya dilaksanakan secara “top down”, sebaliknya perlu dipandu oleh mereka yang mempunyai pengalaman mengurus dan membangunkan perniagaan.

“Pedekatannya tidak seharusnya top down, kerana orang yang tahu macam mana modal pusingan, harga barang, ketentuan pasaran, semua itu orang yang dalam lapangan harus tahu. Kita hanya menjadi pembangkit, bukan semestinya pengajar,” kata beliau ketika merasmikan SPaRK 2026 anjuran Perbadanan Usahawan Nasional Bhd (PUNB), di sini hari ini.

Sehubungan dengan itu, Perdana Menteri mencadangkan agar usahawan berjaya bekerjasama dengan syarikat baharu, selain diundang sebagai penceramah bagi berkongsi pengalaman dalam membangunkan perniagaan.

Terdahulu, Anwar merasmikan SParK 2026: Transformasi Niaga, platform utama PUNB, dengan agensi itu menyasarkan kelulusan pembiayaan hingga RM2.25 bilion bagi tempoh 2026 hingga 2030 bagi memperkukuh pembangunan usahawan bumiputera.

Sasaran di bawah Kerangka Strategik R30 itu, bertujuan mempercepat pertumbuhan syarikat bumiputera, meningkatkan keupayaan penskalaan komersial, mewujudkan peluang pekerjaan berkualiti serta mengukuhkan rantaian bekalan utama negara. – BERNAMA

BERITA LAIN

Wanita maut dalam kemalangan di Batu Niah

MIRI: Seorang wanita berusia 24 tahun maut selepas kereta dipandunya dipercayai merempuh belakang sebuah lori di Jalan Pan Borneo, berhampiran Simpang WTK, Batu Niah, pagi

BERITA TERBARU

Wanita maut dalam kemalangan di Batu Niah

MIRI: Seorang wanita berusia 24 tahun maut selepas kereta dipandunya dipercayai merempuh belakang sebuah lori di Jalan Pan Borneo, berhampiran Simpang WTK, Batu Niah, pagi