ARTIKEL

Majang semasa berucap pada penutupan Ekspo Pendidikan Sarawak 2025 Peringkat Daerah Bintulu pada Sabtu.

Pendidikan agenda utama Sarawak – Majang Renggi

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Kerajaan Sarawak meletakkan pendidikan sebagai agenda utama dalam usaha melahirkan generasi berdaya saing, berinovasi serta berkemahiran digital, seiring hala tuju Strategi Pembangunan Pasca-COVID-19 (PCDS) 2030.

Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak, Datuk Majang Renggi, berkata Ekspo Pendidikan Sarawak 2025 Peringkat Daerah Bintulu yang berakhir di Times Square Megamall Bintulu semalam merupakan platform strategik menyatukan pelbagai pihak bagi memperkasa sektor pendidikan negeri.

Majang meluangkan masa melawat reruai pameran sempena ekspo berkenaan.

“Ekspo ini bukan sekadar pameran, tetapi medan penting untuk pelajar dan ibu bapa mendapatkan maklumat tepat, relevan dan terkini mengenai peluang pendidikan, sekali gus membantu mereka membuat pilihan terbaik untuk masa depan,” katanya ketika berucap pada majlis penutupan ekspo itu.

Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Bintulu atas usaha menganjurkan program berkenaan serta penyertaan institusi pendidikan ternama termasuk Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Teknologi Sarawak (UTS), Pusat Kecemerlangan Teknikal Sarawak (CENTEXS), Sarawak Skills, Universiti Curtin Malaysia, Swinburne Sarawak dan Sekolah Menengah Antarabangsa Yayasan Sarawak.

Majang meluangkan masa melawat reruai pameran sempena ekspo berkenaan.

Menurutnya, bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) semakin penting dalam memenuhi keperluan industri moden, khususnya di Bintulu yang menjadi pusat ekonomi utama Sarawak.

Dalam pada itu, katanya, Kerajaan Sarawak turut mengambil langkah berani dengan memperkenalkan Skim Pendidikan Tinggi Percuma Sarawak (FTES) bermula 2026, membolehkan pelajar melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi milik kerajaan negeri seperti Curtin, Swinburne, UTS dan i-CATS tanpa terbeban dengan yuran pengajian.

“Ekspo pendidikan seperti ini wajar dimanfaatkan sepenuhnya oleh pelajar dan ibu bapa kerana ia menyediakan ruang maklumat terus daripada institusi pendidikan.

Masa depan Sarawak bergantung kepada sejauh mana kita mampu memartabatkan pendidikan sebagai agenda utama,” ujarnya.

Majang, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Samalaju, menegaskan komitmen kerajaan negeri untuk terus memperkukuh sektor pendidikan demi memastikan generasi muda Sarawak bersedia menghadapi cabaran global serta mendukung aspirasi negeri ke arah kemajuan, kemakmuran dan kelestarian.

BERITA LAIN

Majlis perundingan dicadang pacu pembangunan SDZ

KUCHING: Penubuhan Majlis Perundingan Pembangunan Zon Ekonomi Khas Sibu (SDZ) dicadangkan bagi menyelaraskan keutamaan pembangunan dan memastikan pelaksanaannya memenuhi keperluan rakyat, selain menggalakkan penyertaan pelbagai

BERITA TERBARU

Majlis perundingan dicadang pacu pembangunan SDZ

KUCHING: Penubuhan Majlis Perundingan Pembangunan Zon Ekonomi Khas Sibu (SDZ) dicadangkan bagi menyelaraskan keutamaan pembangunan dan memastikan pelaksanaannya memenuhi keperluan rakyat, selain menggalakkan penyertaan pelbagai