ARTIKEL

Sebastian (baju putih) serta tetamu kehormat lain merakam kenangan bersama ahli-ahli NSJA. Turut kelihatan, Datuk Bandar Miri, Adam Yii Siew Sang (tujuh kanan).

Pendidikan ajar anak bertanggungjawab, beri kelebihan dalam pasaran pekerjaan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MIRI: Pendidikan merupakan aspek penting dalam kehidupan anak-anak, bukan sahaja bertujuan mengubah kehidupan agar menjadi lebih baik, namun ia juga dapat membantu mereka untuk bersaing dalam pasaran kerja suatu hari nanti.

Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Datuk Sebastian Ting Chiew Yew berkata, apabila anak-anak mendapat ilmu yang diperlukan sehingga berjaya memperoleh ijazah, mereka suatu hari nanti dapat meningkatkan taraf ekonomi keluarga serta menyumbang kepada pembangunan negara.

Sebastian (belakang, enam kiri) bersama tetamu kehormat lain dan ahli NSJA serta anak-anak mereka.

“Justeru, ibu bapa bertanggungjawab memastikan anak-anak mereka hadir ke sekolah setiap hari supaya tidak terlepas sebarang pelajaran kerana ia adalah langkah awal untuk mengajar mereka bertanggungjawab.

“Jangan ajar anak anda ponteng walaupun sehari sahaja, tidak kira apa halangan atau alasan sekali pun, dan ingatlah bahawa pendidikan dan persekolahan harus menjadi keutamaan atas segala-segalanya,” katanya ketika berucap pada Majlis Makan Malam Apresiasi Media dan Penyampaian Insentif Pendidikan Anak-Anak Ahli Persatuan Wartawan Sarawak Utara (NSJA) di sini semalam.

Dalam pada itu, Sebastian yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Piasau, turut berkata, Kerajaan Sarawak amat memahami bahawa dalam usaha membangunkan sebuah negara, ia memerlukan pekerja yang berpendidikan dan berkemahiran.

Oleh itu katanya, dalam misi Kerajaan Sarawak memantapkan lagi pembangunan negeri ini, pendidikan percuma di institusi pengajian tinggi (IPT) milik Kerajaan Sarawak akan dilaksanakan mulai 2026 dan seterusnya.

Pada masa sama, beliau juga merakamkan ucapan terima kasih kepada pengamal media atas segala sumbangan dan usaha mereka dalam menyebarkan dasar kerajaan kepada rakyat.

“Kerajaan memerlukan media sebagai jambatan untuk menyalurkan maklumat yang betul serta tepat kepada rakyat.

“Justeru, kami di sini amat bersyukur kerana rakan media di Miri iaitu NSJA memainkan peranan yang cukup hebat dalam memastikan kesemua maklumat yang disebarkan adalah benar dan bukan rekaan semata-mata,” ujarnya.

Sementara itu, pada majlis tersebut, Sebastian turut meraikan seramai 21 anak ahli NSJA dengan menyampaikan insentif kepada mereka yang telah menunjukkan prestasi cemerlang dalam akademik dan kokurikulum.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Bejimat pulai ke menua maya pemisi Gawai

KOTA SAMARAHAN: Sepenyampau 66 ketapu pengelikun udah disua ngagai mensia mayuh nyengkaum ketapu pengelikun ungkup nembiak mit ba jalai Palan Bedaja Kaunsil Mengeri Kota Samarahan