ARTIKEL

Pendidikan kanak-kanak ke pedalaman

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sejarah baharu tercipta apabila buat pertama kalinya sebuah Tadika SeDidik Penan bakal dirasmikan di kawasan Apoh/Tutoh Miri dalam usaha memperkasakan pendidikan awal kanak-kanak kaum terbabit.

Lebih istimewa, tadika terbabit akan dirasmikan sendiri oleh pemimpin nombor satu negeri, Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada 4 Julai depan.

Menurut Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Datuk Seri Fatimah Abdullah, sebelum ini tadika tersebut dikenali sebagai Program Pendidikan Komuniti (Penan) kawasan Apoh/Tutoh tajaan Petroliam Nasional Berhad (Petronas).

“Ia merupakan program berbentuk komuniti, iaitu pengasuhan, bimbingan dan pendidikan yang memberi keutamaan kepada penglibatan dan penyertaan komuniti setempat.

“Petronas memperuntukkan RM2.75 juta untuk program ini dan ia diagihkan secara berperingkatperingkat kepada Kerajaan Sarawak melalui kementerian saya bermula tahun 2015,” katanya pada Majlis Hari Guru SeDidik 2023, di sini.

Mengulas lanjut katanya di bawah SeDidik, Kerajaan Sarawak memberi tumpuan kepada akses, ekuiti dan kualiti dalam pendidikan prasekolah.

“Kawasan pedalaman di penempatan kaum Penan di Marudi seperti di Long Leng, Long Kawa, Long Jenalong, Long Kerangan dan Ba’ Selulong juga kini telah disediakan perkhidmatan tadika seperti juga di tempat lain.

“Justeru, dengan kemudahan serta guru yang berkualiti dan insani, kita berharap agar bakat dan potensi kanak-kanak juga akan terus diperkembangkan.

“Saya juga ingin menggesa semua guru dan pihak pengurusan SeDidik untuk terus memberikan fokus kepada perkembangan holistik kanak-kanak,” ujarnya.

Tambahnya, ia bermakna menyediakan kanak-kanak persediaan ke tahun satu dan menguasai kemahiran 3M (menulis, mengeja, mengira) serta fokus mencungkil bakat dalam bidang sukan, kokurikulum, seni, teknologi, inovasi serta penulisan.

Dalam hal berkaitan, katanya Sarawak setakat ini mempunyai 152 pendidik dengan 112 orang daripadanya memiliki ijazah dan diploma dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak.

“Manakala 40 orang lagi sedang dalam pengajian. Tahniah kepada semua guru yang telah menunjukkan semangat tinggi dalam pengajian mereka.

“Kita amat menggalakkan agar semua guru untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi,” katanya lagi.

Beliau juga mengingatkan setiap guru harus mempunyai jiwa serta roh dalam melaksanakan tugas serta tanggungjawab mendidik, mengasuh dan membimbing kanak-kanak.

BERITA LAIN

Maklumat dasar kerajaan perlu sampai ke akar umbi

BINTULU: Penyampaian maklumat mengenai dasar, inisiatif pembangunan dan bantuan kerajaan perlu diperluas hingga ke peringkat akar umbi bagi memastikan rakyat mengetahui serta dapat memanfaatkan kemudahan

BERITA TERBARU

Maklumat dasar kerajaan perlu sampai ke akar umbi

BINTULU: Penyampaian maklumat mengenai dasar, inisiatif pembangunan dan bantuan kerajaan perlu diperluas hingga ke peringkat akar umbi bagi memastikan rakyat mengetahui serta dapat memanfaatkan kemudahan